in ,

Zamani & Amelina Antara Yang Perform di KL JAMM MUSIC FESTIVAL

Pada jam 4 petang tadi, Sidang Media Pengumuman Barisan Persembahan di KL JAMM Music Festival telah berlangsung di Malaysia International Trade & Exhibition Centre (MITEC) pada 26 April hingga 28 April 2019.

Festival muzik pertama kali ini dianjurkan oleh Music Unlimited International Sdn Bhd, salah sebuah syarikat Kumpulan Syarikat KRU.

Antara artis terlibat ialah Zamani, Amelina, OAG, Dato Sheila Majid, Datuk Ramli Sarip, Datuk Afdlin Shauki, Dato Zainal Abidin, Dr Burn, PU4LYF, Santesh, Rabbit, Mac, Sheezay dan ramai lagi.

Tonton Video Penuh Sekitar Pengumuman Barisan Persembahan di KL JAMM

Menurut Dato Norman, idea tercetus setelah beliau berada di luar negara dan melihat festival di luar negara. 

“Kami sangat teruja untuk mempunyai barisan artis yang berprestij dari pelbagai genre.”

– Norman Abdul Halim

Sepanjang 3 hari berlangsung, KL JAMM akan membawakan 10 konsert selain acara sampingan yang akan diumumkan menjelang akhir bulan Februari 2019. 

Menggamit Memori Konsert Ikhlas

MENGGAMIT nostalgia zaman penyatuan legenda seni suara tanah air di atas satu pentas, Music Unlimited International Snd Bhd (MUI) dengan kerjasama Syarikat Produksi KRU mengumumkan barisan artis yang bakal memeriahkan festival muzik antarabangsa, KL JAMM.

“Saya rasa satu konsep yang saya jangka dinantikan oleh semua kerana saya sendiri sebagai peminat sudah lama menantikan tapi apa yang kita buat kita kan bekerjasama dengan syarikat warner music di mana pemilik lagu tersebut bersama-sama meraikan sejarah yang tak mungkin kita lupakan dan kita hidupkan momen tersebut melalui Re-Jamm,”

– Datuk Norman Abdul Halim

Menurut Pengarah festival KL JAMM, Datuk Norman Abdul Halim, tidak dinafikan penyatuan kembali Datuk Sheila Majid, Datuk Afdlin Shauki dan Datuk Zainal Abidin di atas satu pentas adalah untuk mengimbau kembali kenangan konsert ‘Ikhlas’ penuh nostalgia pada tahun 1992 sebagai Re-Jamm.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ray Asri Lancar Muzik Video ADIWIRA SEPI

Celcom Rasmi Pejabat Korporat Baharu @celcom