in

Pengubahsuaian Ruang Tamu Pemenang Peraduan MML Makeover

Masih ingat lagi tak dengan Peraduan MML Tile Makeover? Peraduan ini dah pun beberapa bulan sudah berlalu. Dah ada pemenang pun. Budiey ucapkan tahniah kepada semua pemenang.

[dropcap]M[/dropcap]mm… Apalah jadi dengan rumah mereka selepas diubah suai ya? Mesti lawa giler. Beruntunglah kepada pemenang ni sebab tak perlu lagi nak fikir sangat untuk pengubah-suaian, tak perlu nak laburkan duit untuk baiki segala dan yang penting, duit tu boleh diguna untuk persediaan untuk tahun baru nanti.

Segala kos pengubahsuaian pastinya ditanggung beres sebab mereka akan mendapat jubin yang baru yang lebih cantik dan elegan untuk rumah mereka.

MML Living Room

Orang kata memang berbaloi bila kita dapat menang peraduan macam ni. Tak rugilah kita join, walaupun tak menang tapi mana tahu tahun depan kita pulak yang menang.

Untuk katogeri Pengubahsuaian Ruang Tamu pula telah dimenangi oleh Suria Anilah Wan Abdullah dengan tajuk “My Ugly Hall“.

[pullquote align=”right”]Budiey dah pun tengok hasilnya. Sangat seronok je tengok jubin baru yang dibuat khas untuk pemenang bernama Suria Anilah ni.[/pullquote]

[dropcap]K[/dropcap]alau sebelum ini, jubin lantai rumah Suria Anilah ni tajam-tajam dan ada yang pecah, sekarang jubin lantainya sangat kemas dan tiada lagi jurang pemisah yang boleh mencederakan kaki. Selesa dipijak, selesa untuk berjalan dan pendek kata memang puas hati.

MML Living Room

Keadaan jubin sebelum dibaik pulih.

MML Living Room

Selepas dibaik pulih. Cantek tak? Cantek tak?

Menurut Suria Anilah, dia rasa sangat gembira dengan perubahan jubin lantai rumahnya.

“Pengubahsuaian lantai ruang tamu dari MML sangat membuat kami sekeluarga gembira. Perasaan yang saya rasakan sekarang pun rasa macam tak percaya. Menakjubkan. Setiap hari, semasa balik rumah, menjadikan saya lebih excited. Rasa teruja sangat tau.”

Perubahan ketara memang dapat dirasai. Dulu lain sekarang dah lain. Ruang tamu Suria Anilah mengalami perbezaan yang ketara. Memang banyak perubahan. Sekarang lebih nampak elegan dan cantik dengan corak bulat-bulat dengan warna yang hampir sama. Ianya nampak kemas terutama dari segi susunan jubin itu sendiri.

“Dengan ruang tamu yang baru ini, seluruh keluarga saya rasa sangat gembira dan kami dapat luangkan masa bersama di bawah satu bumbung dengan selesa dan sejuk kerana buatan jubin yang cukup membuatkan kami rasa sejuk mata memandang.”

[dropcap]K[/dropcap]alau nak dibandingkan dulu dan sekarang, dulunya jubin ruang tamu Suria Anilah ni memang teruk giler. Pendek kata, sangat hodoh la. Tapi bahasa tu agak kasar sikit tapi nak ceritakan memang teruk gak la jubin dulu. Sekarang dah nampak gah dan elegan. Kalau tetamu datang pun, tak lah rasa malu macam dulu.

MML Living Room

“Kalau dulu, rumah saya ni nampak suram dan tak bermaya. Jubin pula ada ruang yang sangat luas di antara satu sama lain. Memang nampak tak cantik. Nak pijak pun takut terluka tapak kaki. Bila berjalan tu, ada bunyi yang pelik. Mungkin sebab itu, saya tak suka nak habiskan masa di ruang tamu.”

[pullquote]Yang paling best, Suria Anilah diberi peluang untuk memilih jubin mana yang dia suka.[/pullquote]

Mungkin sebab itu, dia memilih warna kegemarannya iaitu pastel yang lembut, sejuk mata memandang. Soothing!

Budiey rasa, warna pastel yang lembut ini boleh menjadikan rumah akan nampak luas. Jadi ini tips untuk pembaca budiey.com yang mahukan rumah sempit itu jadi luas, apa kata anda tukarkan warna jubin anda itu kepada warna yang lembut. Kalau nak cat pun, pilihlah warna cat yang warnanya lembut seperti hijau muda, biru muda, putih dan krim.

Setidaknya, walaupun ruang rumah kita tak luas, tapi ia akan nampak luas. Ye tak?

“MML sangat baik hati, sebab masa buat pemilihan jubin mana yang cantik, mereka bagi cadangan dan saya sendiri bersetuju dan suka dengan jenis jubin dan warna jubin yang ditetapkan. Memang ada kelas lah!”

Bayangkan kalau jubin rumah Budiey dapat peluang macam Suria Anilah ni, mesti seronok. Rasanya, Budiey pun nak buat pengubahsuaian kat rumah juga dan mahu pilih jubin yang berkualiti. Rasanya tak lewat untuk buat pengubahsuaian memandangkan rumah masih belum diduduki. Masa inilah nak ubah suai, bila dah duduk nanti susah la pulak. Banyak habuk nanti.

Menurut Suria Anilah, dia sangat bersyukur kerana MML telah merealisasikan impiannya.

“Keluarga saya sangat kaget dan kagum melihat hasilnya. Saya bersyukur kepada Allah sebab dapat hadiah seperti ini. Sekurang-kurangnya, saya dapat membahagiakan keluarga dengan hadiah dari peraduan ini. Rekaan dan suasana baru ruang tamu pula menjadikan ruang bertambah luas dan lapang. Jubin ini sangat gorgeous dan nampak klasik. Rekaannya sangat unik dan menarik sekali.”

Selain perubahan pada jubin, Anilah Suria mengambil keputusan untuk menukar sofa dan perabut baru untuk ruang tamunya.

“Haaa, alang-alang dah jubin baru, saya sanggup tukar perabut dan sofa baru untuk ruang tamu ini. Baru nampak lebih cantik. Selain tu, saya juga telah menukar cat dinding dengan warna yang lebih elegan, barulah nampak sesuai dengan rekaan jubin baru saya ni.”

Wah! Nampaknya bukan main seronok lagi Anilah Suria ni. Satu perkataan Budiey nak cakap untuk beliau… Untunglah!

MML Living Room

MML Living Room

Sebelum make over

MML Living Room

MML Living Room

MML Living Room

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

2012 Asia Super Showcase In Malaysia

Dialog Kesedaran Hak Cipta Intelek DI Kalangan Seniman Malaysia