in ,

Penginapan Luas dan Praktikal di Adagio Amsterdam City South

Terbina di kawasan selatan ibukota Belanda, Amsterdam salah sebuah bandar paling popular Eropah, Adagio Amsterdam City South merupakan sebuah pusat penginapan praktikal yang menawarkan perkhidmatan terbaik buat para tamunya.

Sebagai salah satu penginapan terbaik di Amsterdam, ia nampaknya tidak ada masalah untuk membuktikan yang mereka boleh mewujudkan suasana terbaik dan selesa buat setiap pengunjungnya khasnya yang berkeluarga.

Lagipun, jenama Adagio merupakan salah satu jenama penginapan yang sangat popular di sana.Mempunyai lokasi yang strategik di Amstelveen, ia mudah ditujui kerana kota ini mempunyai sistem pengangkutan awam yang hebat.

Adagio Amsterdam City South

Penginapan ini hanya lima minit dari stesen metro dan 25 minit dari pusat kota. Diperhebatkan lagi dengan senireka dalaman bangunannya yang moden dan kontemporari, pasti ramai yang sukakan senireka penginapan berprestij ini.

Berbekalkan bilik berkonsep studio dan pangsapuri satu bilik yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, ia turut menawarkan pemandangan kawasan selatan kota Amsterdam yang tidak kurang hebatnya.

Adagio Amsterdam City South

Seperti kebanyakan penginapan berkonsep pangsapuri masa kini ia juga mempunyai kemudahan lain seperti mesin basuh, pengering, sambungan wi-fi buat tamu yang ingin melayari internet dan juga pusat kesihatan untuk bersenam.

Terdapat pilihan pangsapuri berkonsep studio dan juga yang mempunyai satu bilik tidur bersesuaian dengan jumlah tamu yang menginap (pasangan, solo atau berkeluarga). 

Adagio Amsterdam City South

Jadi tamu boleh bersiar-siar bersama keluarga berdekatan kawasan ini sambil menikmati ketenangan yang tidak terlalu sibuk sepeti di pusat bandar. Lebih memudahkan lagi ia tidaklah terlalu jauh dari kawasan membeli-belah dan pelancongan.

Andai tercari-cari penginapan yang bagus dan menawarkan perkhidmatan terbaik di samping lokasi yang sangat strategik, singgahlah di Adagio Amsterdam City South, kerana ia benar-benar strategik dan berbaloi

Disediakan oleh: Shah Shamshiri
Adagio Amsterdam City South
Adagio Amsterdam City South
Adagio Amsterdam City South

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SEA LIFE, Jenama Aquarium Terbesar di Dunia Kini di Malaysia

Red Bull Berikrar Tunaikan Hasrat Hafizh Syahrin Balik Kampung Sambut Raya