in , ,

Pengilang iPhone 12 Terpaksa Bekerja Lebih Masa Bagi Mencapai Permintaan Tinggi

Sambutan yang hangat ini mungkin didorong oleh pengguna yang mahu menaik taraf iPhone mereka. Seperti diketahui, pengguna iPhone 5S dan iPhone 6/Plus masih ramai. Disebabkan iPhone terbabit telah mencapai tempoh hayat dan tidak lagi menyokong iOS 13 dan ke atas. Maka pengguna telah menunggu sejak beberapa tahun untuk mendapatkan iPhone 12.

Walaupun negara kita sedang dilanda pandemik Covid-19, mungkin dalam kalangan pengguna telah menyimpan wang dari dulu lagi untuk membeli iPhone 12. Membeli iPhone dan telefon pintar Android sama sahaja. Samsung sebelum ini juga telah membuka pra-tempah bagi Samsung Galaxy mereka dan boleh dikatakan ia sangat menggalakkan.

Walaupun dengan tarikh pelancarannya yang agak lambat dan rantai pengilangan yang terjejas akibat COVID-19, permintaan untuk telefon pintar iPhone 12 mencapai lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Kini pembekal-pembekal yang bertanggungjawab menghasilkan telefon tersebut perlu bekerja lebih masa bagi memenuhi permintaan tersebut.

Menurut sumber, tempoh penghantaran iPhone 12 bagi sesetengah pasaran terpaksa ditangguhkan selama tiga hingga empat minggu susulan daripada pra-pesanan yang tinggi. Pembekal komponen kepada Apple seperti Foxconn, Pegatron dan Genius Electronic Optical (GEO) kini menambah syif lebih masa buat pekerja mereka serta mengupah pekerja tambahan untuk meningkatkan pengeluaran mereka.

Pengilangan yang tinggi ini juga muncul sewaktu Samsung dan pelbagai syarikat telefon pintar China ingin mendapatkan pasaran yang lebih luas selepas permintaan untuk peranti HUAWEI turun.

Saya meramalkan Apple mungkin mengalami isu ketiadaan stok bagi iPhone 12 selepas 13 November 2020. Stok bagi iPhone 12 mungkin pulih sekitar pertengahan Disember kelak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muslim Pro Nafi Penjualan Data, Namun Akui Hubungan Urusniaga Bersama X-Mode

Mira Filzah Panggil Suaminya ‘Bubu’, Netizen Ingat Panggilan Untuk Kucing