in , ,

Pengikut Sham Visa Marah Mesej Tak Dibalas?

Bekas vokalis kumpulan Visa, Sham mengakui, masih kekok menguruskan media sosial sehingga menyebabkan ada di antara pengikutnya marah kerana mesej yang dihantar tidak mendapat balasan.

Mengakui situasi itu masih baharu, Sham atau Rohisham Hashim berkata, perkara itu juga membuatkan pihak pengurusannya terpaksa campur tangan dan menegur kerana bimbang disalah anggap serta disangka sombong.

“Bayangkan daripada jumlah pengikut hanya sekitar 2,000, kini sudah menjangkau lebih 45,000. Saya baru berjinak-jinak dengan media sosial, jadi banyak perkara kena belajar.

“Saya juga banyak bergantung kepada pengurusan untuk membantu mengendalikan akaun media sosial. Tidak dinafikan, ada dalam kalangan pengikut yang marah-marah apabila saya tidak membalas komen mereka.

“Bukan tidak mahu balas, tetapi terlalu banyak sehingga saya tidak berkesempatan membaca satu demi satu. Apapun, saya cuba pastikan untuk meletak tanda suka pada setiap komen peminat,”

– Sham Visa

Dengan penampilannya yang persis Tony Stark iaitu watak utama dalam filem Iron Man lakonan Robert Downey Jr, Sham mencetuskan fenomena apabila kemunculan semulanya diterima ramai.

Sham mengakui, sejak menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim keenam, dia menerima sehingga 1,000 mesej setiap hari, termasuk daripada peminat wanita yang sudah berkahwin.

Lelaki berusia 47 tahun itu bagaimanapun, melihat perkara itu dari sudut positif dan menyifatkan, mereka meminatinya kerana menghargai bakatnya.

“Setakat ini, pengikut saya masih sopan dan saya tidak pernah terima mesej bukan-bukan di media sosial,”

– Sham Visa
Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pemuda Albino Azfar Hentam Pembuli Sendiri dalam Malaysia Hari Ini TV3

Misteri Penyingkiran Ameer Sofazr dari Gegar Vaganza Kini Terjawab