in

Norman KRU Pengetua Akademi Fantasia 8

Kali ini Budiey nak update secara LIVE dari Hotel Hilton di mana pada malam ini akan diumumkan pengetua baru untuk program realiti TV paling popular di Malaysia, Akademi Fantasia musim ke 8.

Selain penampilan khas tenaga pengajar, Astro pada malam ini mengumumkan hos baru untuk AF8.

Dihoskan oleh Farish Aziz, majlis yang ditunggu ini turut dihadiri oleh para penaja dan orang besar Astro.

Yang pasti, AF kali ini ada sub program baru iaitu Apa Kata M yang diacarakan oleh Ajieb.

Dimulakan ucapan alu-aluan dari orang kuat Astro Ria, Puan Azlin Reza Azmi.

Pasukan produksi baru juga akan mengubah format iaitu dengan mengadakan Debaran AF pada hari Ahad yang akan mengumumkan penyingkiran pelajar.

Mula-mula diumumkan Pengacara Konsert untuk AF iaitu Sarimah dan Jimmy Shanley. Ini adalah kali pertama hos berduet secara berpasangan.

Sarimah & Jimmy Shanley

Budiey nak ucapkan Tahniah kepada penyanyi, penerbit dan usahawan berjaya, Norman KRU kerana telah dilantik sebagai pengetua AF8.

Norman KRU, senyum lebar Pengetua AF8.

Pelakon berbakat, Que Haidar turut diundang menjadi jurulatih drama.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bujang Sepah Lalalitamplom

Neway Karaoke Box Siarkan Berita Parti Ulangtahun Budiey.com