in ,

Pengecualian Sewaan Premis Untuk Penganjur Teater & Konsert

Penganjur teater dan konsert akan menikmati pengecualian sewaan premis di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) selama enam bulan mulai 1 Jun hingga Disember depan.

Gambar Hiasan

Antara premis yang mendapat pengecualian sewa adalah Istana Budaya (IB) dan auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pengecualian sewa itu sedikit sebanyak mampu meringankan bebanan penganjur acara dan teater selepas lebih tiga bulan industri seni lumpuh akibat pandemik COVID-19.

“Pengecualian sewa selama enam bulan adalah salah satu cara MOTAC dan kerajaan membantu penggiat seni, teater dan kru yang terkesan.

“Jika tiada sokongan seperti ini, penggiat seni tentunya bingung hendak melunaskan sewaan premis sedangkan semua acara dibatalkan sejak Mac lalu.

“Apa yang dinyatakan kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) adalah hasil daripada maklum balas penggiat seni kepada MOTAC.

“Jika tidak, kerajaan tidak tahu penggiat mana yang memerlukan pertolongan,”

– Datuk Seri Nancy Shukri

Beliau berkata di majlis penyampaian bantuan kewangan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seni dan budaya di MATIC di sini, hari ini.

Bantuan kewangan itu diserahkan Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Dr Noor Zari Hamat kepada penerima.

Nancy berkata, kementerian menggalakkan penggiat seni mengemukakan kertas cadangan jika mahu kerajaan memberi bantuan atau sebarang pertimbangan membabitkan industri kreatif.

“Sebagai kementerian, kami perlu telus. Melalui kertas cadangan, barulah kami tahu apa yang boleh dibuat dan sedia menimbangkan perkara yang diutarakan,” katanya.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azlan Typewriter Bergabung dengan YonnyBoii Lancar Lagu KELABU

Betul Ke Fazura & Fattah Amin Bakal Timang Anak Lelaki?