in , ,

Pengecas MagSafe Duo Secara Serentak Bakal Hadir di Malaysia dengan Harga RM589

Pelancaran iPhone 12 dan Siri iPhone 12 Pro turut menandakan kedatangan ekosistem aksesori baru yang disebut MagSafe untuk iPhone. Walaupun berkongsi nama yang sama dengan penyambung kuasa magnetik untuk MacBook yang Apple telah berhenti dan beralih ke USB-C, MagSafe untuk iPhone berkisar pada pengecasan tanpa wayar Qi.

Semasa melancarkan iPhone 12 dan Siri iPhone 12 Pro, syarikat itu juga telah mendedahkan beberapa aksesori MagSafe. Antaranya termasuk pengecas MagSafe itu sendiri serta dompet kulit dan beberapa casing tetapi yang paling pelik dari semuanya ialah Pengecas MagSafe Duo.

Selain pengecas MagSafe biasa, Apple turut mempunyai satu lagi versi pengecas sedikit berbeza iaitu MagSafe Duo.

Pengecas MagSafe Duo

Melalui MagSafe Duo, bukan sahaja iPhone 12, malah anda juga boleh mengecas Apple Watch secara serentak sebelah menyebelah.

Tambahan pula, pengecasnya cukup padat dan boleh dilipat untuk dibawa ke mana sahaja dengan mudah. Walaupun tidak mempunyai tarikh pelancaran pada masa ini, MagSafe Duo Charger telah disenaraikan di laman web Apple Malaysia dengan harga RM 589! Murah ke mahal? Budiey rasa sangat mahal!

Pengecas MagSafe Duo

Ia boleh dikatakan lebih dua kali ganda harganya berbanding pengecas MagSafe biasa yang berharga RM179.

Namun begitu, MagSafe Duo ini belum lagi diperkenalkan secara rasmi, malahan pasaran luar negara juga belum mendapat tarikh pelancarannya. Ia hanya tertulis ‘Coming Soon’ menandakan ia bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Jika anda berminat dengan aksesori iPhone 12, ada juga aksesori yang sudah boleh dibeli seperti sarung pelindung dengan harga bermula RM219..

Pengecas MagSafe Duo

Untuk pengecas MagSafe biasa, ia sememangnya sudah diperkenalkan secara rasmi, namun masih belum dijual lagi untuk pasaran Malaysia.

Mendengarkan harga jualan MagSafe Duo ini, apa pendapat anda mengenainya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kes Covid-19 Semakin Menggila di Seluruh Dunia Kini Melebihi 50 Juta Kes Positif

Mulai 2021, Pengguna Pengangkutan Awam Boleh Bayar Tanpa Tunai Guna Apps ‘myrapidTap’