in , ,

Pengarah The Journey & Olabola, Chiu Keng Guan Lebarkan Sayap Ke Pentas Antarabangsa

“Filem Arahan Pertama Chiu Keng Guan Di China, ON YOUR MARK Bakal Ditayangkan Bermula 18 Jun 2021”

Pengarah Malaysia yang cukup disegani ramai, Chiu Keng Guan satu nama yang tidak asing dalam industri filem di Malaysia. Beliau berjaya mencetuskan fenomena luar biasa apabila karya terbaiknya, OlaBola (2016) mengukir kejayaan terbesar buat filem Malaysia. Ia terbukti bila mana OlaBola menjadi bualan utama dan diperkatakan sepanjang masa serta berjaya memenangi hati seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan umur; merangkumi peminat filem tanah air mahupun kelompok penggemar filem antarabangsa, disamping mendapat liputan meluas daripada media tanah air mahupun luar negara.

Filem tersebut telah menjadi filem no. 1 Malaysia genre drama tahun 2016 dengan kutipan tertinggi sebanyak RM16.6 juta. Impak dialog ‘Kita kalah sama-sama, kita menang sama-sama’ cukup kuat sehingga membangkitkan semangat perpaduan yang sangat tinggi dan nilai patriotisma.

Malah dialog itu turut menjadi sumber inspirasi oleh ahli politik tempatan, pemimpin kerajaan, influencer, organisasi dan industri-industri tanah air dalam memperkukuhkan nilai bersatu padu. Kejayaan filem yang berjaya menyatukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan kepercayaan dan kebudayaan meletakkan Chiu Keng Guan antara pengarah terbaik Malaysia dan digelar sebagai ‘The King of Malaysian Movies’ seperti petikan media South East Asian Globe.

Bukan sahaja OlaBola, tetapi karya beliau yang lain juga menerapkan unsur tema perpaduan, kekeluargaan, persahabatan, semangat patriotisma serta kreatif mewarnai filem dengan emosi, budaya dan keharmonian masyarakat Malaysia.

Ia dapat disaksikan menerusi ‘Filem Terbaik (Non-Malay)’ di Festival Filem Malaysia ke-27 The Journey (2014), Think Big Big (2018), Great Day (2011), Woohoo! (2010) dan Skate Our Souls (2019).

ola-bola

Kejayaan demi kejayaan terukir. Menerusi filem The Journey pada tahun 2014 menjadi filem pertama dalam sejarah perfileman Malaysia yang menembusi kutipan tertinggi sebanyak RM17.28 juta serta mendapat pengiktirafan meluas kerana menjadi filem yang mampu menarik minat penonton tempatan dari pelbagai bangsa, usia dan latar.

Istimewanya, karya ini melambangkan masyarakat Malaysia dan ia menggabungkan jalan penceritaan yang digarap dengan nilai sosial budaya, generasi, kekeluargaan dan cinta. Kisah menyentuh perasaan tersebut memaparkan seorang ayah bersama bakal menantunya yang berasal dari luar negara telah melalui suka duka dalam perjalanan ke seluruh negeri bagi menghantar kad udangan perkahwinan. Lebih membanggakan filem itu turut ditayangkan di Singapura dan Taiwan.

Cukup membanggakan, pengarah prolifik Chiu Keng Guan dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik melalui filem Great Day di Golden Wau Awards 2013 serta diberi pengiktirafan oleh Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) atas sumbangannya terhadap industri filem tempatan.

Di samping itu, turut memenangi Pengarah Terbaik untuk The Journey di Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014. Sehingga 2021, dua filem beliau iaitu The Journey dan OlaBola tersenarai dalam Top 15 kutipan filem tertinggi di Malaysia.

Beliau juga membuktikan keupayaannya sebagai pengarah yang berjaya tonjolkan bakat- bakat baru tanpa bergantung kepada populariti untuk diketengahkan sehingga mutu lakonan meninggalkan kesan di hati penonton, seperti watak-watak di dalam OlaBola.

Manakala filem The Journey, beliau meletakan kepercayaan kepada pelakon senior sebagai teraju utama, dan akhirnya bakat pelakon Lee Sai Peng diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM 27).

Sementara itu pada tahun 2018, Chiu Keng Guan mempertaruhkan filem Think Big Big yang tonjolkan ideologi belia dengan mengangkat nilai menghargai masa bersama keluarga dan rakan-rakan serta menghargai diri sendiri.

Filem tersebut berjaya meraih kutipan sebanyak RM5.4 juta dan apa yang membanggakan adalah filem Think Big Big telah menembusi pawagam di negara China dan menjadi filem Malaysia yang mendapat tayangan terbesar menerusi 10,900 pawagam dengan 60,079 tayangan. Ia turut melibatkan penerbit daripada syarikat filem terbesar dan berpengaruh di China, China Film Group Corporation bersama syarikat filem lain seperti Huaxia, Film Distribution, Pearl River Pictures dan Beijing National Shadow Film Publishing Co., Ltd. Menjadi pengedar filem Think Big Big di sana.

Manakala, bahagian pemasaran telah digerakkan oleh syarikat media Beijing Aoweier Film&TV Culture Communication Co., LTD.

Pada tahun 2019 pula, Chiu Keng Guan meneruskan kariernya di China dengan mengarahkan drama penuh inspirasi yang berkisarkan golongan remaja, Skate Our Souls.

Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam industri perfileman serta televisyen, bakat anak seni kelahiran Batu Pahat, Johor ini tidak teragak-agak untuk terus melebarkan sayapnya ke tahap lebih tinggi dengan membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa apabila mengarahkan sebuah filem bertajuk On Your Mark di negara China.

Terbaru bagi tahun 2021, Chiu Keng Guang bakal tampil dengan filem terbaru bertajuk On Your Mark terbitan Jiangsu Maoyan Culture Media, Wuxi Cangsheng Film, Tianjin Maoyan Weiying Culture Media, Jiangsu Hao Di Cultural Development, Sports Culture Development Center of the State General Administration of Sports (China Sports Museum) dan Astro Shaw selaku penerbit tunggal dari Malaysia. Lebih membanggakan ia merupakan filem untuk terbitan antarabangsa.

Filem genre drama yang mengangkat semangat kesukanan dan kasih sayang bapa bersama anak ini akan mula ditayangkan di negara China bermula 18 Jun ini. Untuk pasaran di negara tersebut, filem On Your Mark menggunakan tajuk asal iaitu “Qi Pao”, manakala untuk pasaran antarabangsa menggunakan tajuk “The Great Dad”. 

Selain menerima liputan baik dari media di negara tersebut, penonton di sana juga turut berkongsi reaksi sangat positif selepas trailer filem tersebut dilancarkan.

Selain penerbit, Astro Shaw juga tampil sebagai pihak pemasar dan pengedaran rasmi untuk filem On Your Mark di sini. Selepas tiga tahun penantian rakyat Malaysia menunggu filem terbaru pengarah hebat ‘king of drama’, Chiu Keng Guan, filem On You Mark juga akan diterbangkan ke negara ini tidak lama lagi.

Menurut Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Selaku penerbit, Astro Shaw telah bersama-sama Chiu Keng Guan sejak filem arahan pertamanya lagi pada tahun 2010; dan apabila Astro Shaw terlibat sekali lagi sebagai salah satu penerbit untuk filem On Your Mark, tentunya kami rasa berbesar hati kerana bakat anak seni tempatan mendapat perhatian antarabangsa. Kami akan terus komited dalam menyokong dan mengetengahkan bakat-bakat kreatif tempatan. Kami berharap, pencapaian Chiu Keng Guan dapat menjadi pembakar semangat buat pengkarya di luar sana dan membuktikan industri filem tempatan juga mampu mengharumkan nama negara ke peringkat antarabangsa.”

Pengarah On Your Mark, Chiu Keng Guang berkata, “Sebagai pengkarya filem dari Malaysia, saya sangat teruja apabila berpeluang dan diberi kepercayaan untuk mempersembahkan hasil karya sentuhan saya kepada penggemar dan penonton filem di China. Melalui projek ini, saya juga dapat bekerjasama dan bertukar-tukar idea dengan ramai bakat-bakat kreatif. Saya harap 4abra4ini mampu menyentuh perasaan penonton di samping mengangkat nama Malaysia di persada dunia menerusi perfileman. Saya juga tidak 4abra untuk mempersembahkan buah tangan terbaru ini kepada peminat dan penonton di Malaysia serta melihat reaksi merekaSaya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang selama ini banyak memberi sokongan terhadap filem-filem saya sehingga ke hari ini.”

On Your Mark (1)
On Your Mark

On Your Mark membariskan pelakon hebat dari negara China seperti Yanhui Wang, Youhao Zhangt, Beibi Gong, Wenjuan Feng, Junhao Li dan Jinshan Liu. Ia mengisahkan tentang seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari marathon seperti ibunya. Namun, cita-citanya dihalang oleh ayahnya Xiao Daming kerana tidak mahu melihat anaknya kecewa mengenangkan Xio Erdong berkemungkinan mewarisi sindrom buta seperti ibunya yang telah meninggal dunia. Namun, Xiao Erdong curi-curi melihat dan berlatih diluar padang tanpa pengetahuan ayahnya. Bagi melayakkan diri dalam pertandingan, Xio Erdong telah terjatuh dan mimpi ngeri ayahnya menjadi keyataan apabila Xio Erdong disahkan buta.

Ikuti info dan klip terkini tentang filem On Your Mark menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Think Big Big

TRIVIA PENGARAH CHIU KENG GUAN & FILEM ARAHAN BELIAU

  1. Melanjutkan pengajian di kolej SAITO dan kemudian di Kuala Lumpur College of Art, jurusan Seni Reka dan Seni Lukis. Beliau juga menamatkan pengajian dalam jurusan Pengarahan Filem di Beijing Film Academy di China pada tahun 1998. Memulakan karier dalam industri seni menerusi suntingan filem, kemudian kembangkan bakatnya dalam pengarahan drama siri, muzik video dan komersial TV.
  2. Chiu Keng Guan sertai Astro pada tahun 2007 dan telah menghasilkan pelbagai konten berkualiti tinggi untuk format TV; ia juga memberi peluang buatnya untuk lebih memahami jiwa dan emosi penonton, sekali gus memperkukuhkan bakatnya dalam menghasilkan karya yang mampu menarik perhatian serta hati masyarakat Malaysia.
  3. Antara kejayaan dan pencapaian filem-filem Chiu Keng Guan:

i. Woohoo! (2010)

  1. Pecah rekod box office bagi filem Malaysia berbahasa Cina dengan meraih kutipan RM4.2 juta pada tahun 2009.
  2. Tersenarai dalam top filem di Osaka Asian Film Festival (2010)
  3. Mendapat Anugerah Khas Juri di Festival Filem Malaysia 2010
  1. Great
    1. Meraih kutipan paling tinggi bagi filem Malaysia berbasa Cina, denganRM6.5 juta dalam tempoh 8 minggu.
    2. Merentasi festival filem : 12th San Diego Asian Film Festival (2011),35th Sao Paulo International Film Festival (2011), 9th World Film Festival of Bangkok (2012), Thailand Hua Hin Film Festival (2012), 14th Seoul International Youth Film Festival (2012) dan Armenian 9th International Film Festival for Children and Young People (2013).
    3. Dinobatkan sebagai Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik di Festival Filem Malaysia 2011, Pengarah Terbaik di Golden Wau Awards, “SIYFF Sonagi Awards” di Seoul Internation Youth Film Festival.
  2. The Journey (2014)

Day (2011)

  1. Filem no. 1 Malaysia berbahasa Cina dengan kutipan tertinggi pecah panggung RM17.28.
  2. Merentasi festival filem : Tayangan Perdana – Taiwan Tao Yuan Film Festival 2013, “Beijing Film Panorama” of the 4th Beijing International Film Festival, Tayangan Perdana di European – 16th Udine Far East Film Festival 2014, 17th Shanghai International Film Festival for Panorama 2014, 12th World Film Festival of Bangkok 2014, “Kid’s Eye” bagi segmen 17th Seoul International Youth Film Festival 2015, “Feature Film Competition” bagi segmen 2016 Winter Film Awards Independent Film Festival.
  3. Menerima anugerah “Pencapaian Cemerlang Seni dan Hiburan” dalam Malaysia Book of Records (MBR) untuk koleksi box office tertinggi sepanjang masa. Memenangi anugerah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Terbaik dan Sinematografi Terbaik di Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014. Serta diiktiraf sebagai pemenang Filem Box Office, Sinematografi Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Filem Bukan Di Dalam Bahasa Melayu Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 27.

iv. OlaBola (2016)

  1. Filem ke-12 dengan kutipan pecah panggung paling tinggi di Malaysia,RM16.6 juta.
  2. Merentasi festival filem : Tayangan Perdana di Taiwan – “Golden HorseFantastic Film Festival 2016 “ dan menjadi filem Malaysia pertama yang menembusi festival tersebut, Tayangan Perdana di European – 18th Udine Far East Film Festival 2016, Tayangan Perdana di China – 19th Shanghai International Film Festival untuk Panorama 2016, menerima 14 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-28, tercalon dalam kategori Xi’an 3rd Silk Road International Film Festival 2016.
  3. Menerima anugerah Busana Terbaik, Muzik Skor Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Anugerah Khas Juri di Festival Filem Malaysia ke-28. Memenangi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2016. Memenangi Lagu Tema Terbaik di 53rd Golden Horse Award 2016. Dan dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pembuat Filem Cemerlang Malaysia 2016 di Chinese Film Association of Malaysia.

v. Think Big Big (2018)
i. Filem dengan kutipan tertinggi bagi filem berbahasa Cina bagi tahun 2018 dengan RM5.5 juta box office.

vi. Merentasi festival : Tayangan Perdana di Jepun –13th Osaka Asian Film Festival 2018, bagi segmen “New Action from South East Asia”. Tercalon dalam Festival Filem Malaysia ke-30 tahun 2019 menerusi kategori Kesan Khas Terbaik, Muzik Skor Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Terus Tayang Siri Korea dan Kali Ini Siri Melodrama Romantik MASK

Jom Habiskan Masa Sehari di Negeri Selangor, Lawati Daerah Hulu Langat Yang Menarik