in , ,

Pengarah Janji Sekuel Filem TRAIN TO BUSAN iaitu PENINSULA Lebih Menarik

Filem Train To Busan pernah mencipta fenomena tersendiri pada tahun 2016, yang menceritakan situasi zombi apokalips dari Korea Selatan.

Sebut sahaja Train to Busan, pastinya ramai yang masih ingat akan adegan penuh debaran dan emosi dalam filem tersebut. Akhirnya, filem sekuel Train to Busan akan menemui anda pada tahun ini. Baru-baru ini, pengarahnya Yeon Sang-Ho telah berkongsi sekuel terbaru filem zombi berkenaan yang lebih berskala besar dan lebih ganas, berjudul ‘Peninsula’.

Menurut pengarah terbabit, filem ini nanti bukanlah sambungan cerita dari kisah pertama kerana kali ini wataknya adalah berbeza, namun masih mengekalkan konsep cerita yang sama.

Pengarah Janji Sekuel Filem TRAIN TO BUSAN iaitu PENINSULA Lebih Menarik

Difahamkan, filem sekuel ini yang dikenali sebagai Peninsula akan membawakan anda memaparkan keadaan survivor, 4 tahun selepas kejadian tersebut. Filem ini dibintangi oleh Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Kim Min Jae, Kwon Hae Hyo, Go Kyo Hwan, Kim Do Yoon, Lee Re, dan Lee Ye Won.

Pengarah Janji Sekuel Filem TRAIN TO BUSAN iaitu PENINSULA Lebih Menarik

Kisah kali ini lebih kepada kerajaan yang sudah tidak lagi berfungsi dan negara yang hancur selepas jangkitan wabak yang tersebar ke seluruh Semenanjung Korea dan tiada apa lagi yang tinggal.

Peninsula ini nanti akan membawa atak utama seorang bekas askar yang berjaya melarikan diri daripada wabak itu tetapi diberikan misi untuk kembali ke Korea. Maka, beliau perlu menghadapi segala macam bencana di sepanjang perjalanannya itu nanti.

Pengarah Janji Sekuel Filem TRAIN TO BUSAN iaitu PENINSULA Lebih Menarik

Perkongsian poster filem Train to Busan: Peninsula ini pasti membuat anda teruja dan mendapat bayangan suasana dan adegan dalam filem ini. Mana tidaknya, dapat dilihat banyak zombie yang berkeliaran dalam poster dimana dengan melihat sahaja sudah terasa debarannya.

Akan tetapi, tarikh rasmi tayangan filem sekuel Train to Busan ini masih belum diketahui. Namun, apa yang Budiey dengar, filem Peninsula dijangka menemui penonton selewat-lewatnya pada hujung tahun 2020.

Diharap tayangan filem ini tidak akan dipengaruhi dengan wabak Coronavirus. Sama-sama kita nantikan filem ini di pawagam kelak.

Pengarah Janji Sekuel Filem TRAIN TO BUSAN iaitu PENINSULA Lebih Menarik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuib Keluar Produk Sanitizer, Tampung Kekurangan Bekalan

Pelanggan Terkejut Jumpa Face Mask Dalam Makanan Dipesan Bungkus Dari Kedai