in ,

Pengalaman Budiey Jalan-Jalan Makan Angin di Tokyo Disneyland

Jom Baca Entri Ini, Pengalaman Budiey Jalan-Jalan Makan Angin di Tokyo Disneyland, Apa Daya Tarikan Yang Best Dekat Sana?

Konnichiwa! Helloo semua Budieyators dan semua pembaca! Baru-baru ini, Budiey telah terbang beribu-ribu juta batu ke arah timur laut dari Malaysia menuju ke suatu tempat di mana di tempat ini sangat sejuk ya amat, nyaman dan perjalanan ini menemukan Budiey dengan hanya sejenis manusia sahaja iaitu orang yang bersenang-senang dan bergembira sama teman-teman atau pun keluarga sahaja.

Yes! Tokyo Disney Resort is full of happiness!!! Budiey ke sana ditemani Nabil Azri selaku pembantu. Saje bawak dia jalan-jalan sambil shooting travelogue di sana. Jangan lupa tonton video travelogue kami di saluran Youtube Budiey.com ya.

12647253_10154520761198332_4270581865716562357_n

When they say Disneyland, it is really Disneyland lah! Dari dalam dan luarnya, bertemakan dunia fantasi Disney yang cukup menarik. Ini pertama kali Budiey sampai di sini dan tempat peranginan ini sangat unik dan sangat cantik.

Suasana, pemandangan dan semua isinya semua nampak cool dan santai je. Kita takkan jumpa orang yang sedih berteriak menangis putus cinta dan melaung kat sini ya. Yang Budiey nampak semuanya tersenyum riang, ketawa riang, ceria bersama kawan. Siap diorang pakai baju dan pakaian semua sama matching dengan kawan yang lain.

12525515_10154520771523332_3726892699997853877_o
Bergambar dengan beruang besar berdekatan dengan stesen Disney Resort Line

Okay, sebelum nak meneruskan cerita corat coret Budiey, nak kasi tahu pendahuluan, Tokyo Disneyland ialah sebuah taman tema berkeluasan 115 ekar (465,000 m²) di Tokyo Disney Resort yang terletak di bandar Urayasu, Wilayah Chiba, Jepun, berhampiran Tokyo. Pintu utamanya bersebelahan sekali dengan Stesen Maihama dan Stesen Tokyo Disneyland. Inilah taman Disney pertama yang dibina di luar Amerika Syarikat dan dibuka pada 15 April 1983.

Taman ini dibina oleh Walt Disney Imagineering dengan gaya yang sama seperti Disneyland di California dan Magic Kingdom di Florida. Tokyo Disneyland adalah milik The Oriental Land Company, yang mendapat lesen temanya dari The Walt Disney Company. Tokyo Disneyland dan temannya Tokyo DisneySea, merupakan dua-duanya taman Disney yang bukan milik The Walt Disney Company. (sumber wikipedia)

Paling senangnya, sekarang tak perlu dah Visa untuk melawat Jepun. Alhamdulillah. Cuma pastikan pasport anda ada cip terbaru kat depan pasport tu. Rata-rata passport terkini ni dah ada dah kan? Tak hairan dah kalai Tokyo Disneyland adalah antara yang sering menjadi pilihan pelancong Malaysia.

Bagaimana Mahu ke Tokyo Disneyland

Untuk memudahkan dan menjimatkan masa, Budiey memilih untuk menginap di sebuah hotel yang berdekatakan dengan Tokyo Disneyland. Kalau korang dari Tokyo, mudah je nak pergi Disneyland ni, boleh naik train JR dari Tokyo terus dalam 16 minit ke Station Maihama. Dari Station Maihama korang kena berjalan dalam 10 minit ke Disneyland ni.

12642522_10154520763608332_2484825212493409437_n

Ada monorail yang boleh masuk terus ke sana, Disney Resort Line namanya dan monorail ni pusing keliling Disneyland dan juga Disney Sea. Hari pertama di sana, sesampai je, kami terus pusing-pusing guna Disney Resort Line. Tiket cuma 260 yen satu pusingan. Boleh pusing banyak kali pun tak pe. Dan yang penting, kami boleh tukar-tukar train sebab lain train lain pula dekorasi dan juga penuh dengan warna serta karakter berbeza.

Paling menarik, kami mencuba naik Disney Resort Line yang khas dan istimewa yang berbeza dari yang lain. Khabarnya, ada satu je train yang seperti ini. Terhad untuk jangka masa yang ditetapkan. 

12654179_10154520763978332_1759673168384091290_n

Okay, sikit info tentang Tokyo Disney Resort… ia terletak di bandar Urayasu, Chiba, Tokyo Disney Resort dibuka pada 15 April 1983. Pada masa tu, hanya Tokyo Disneyland je yang ada. Tak lama lepas itu, barulah diperbesarkan dengan tiga buah hotel Disney, 6 buah hotel lain yang berdekatan, sebuah shopping kompleks yang dinamakan IKSPIARI dan juga taman tema kedua iaitu Tokyo Disney Sea dibuka pada tahun 2001.

Walaupun agak jauh kami kena berjalan, tapi tak terasa jauh sebab cuaca masa ni agak berangin dan santai je. Di sepanjang berjalan kaki tu, mood Disneyland memang kita akan dapat rasa. Apa tidaknya, dengan dekorasi dan juga landskap yang cantik dan pemandangan yang indah berjalan kaki juta-juta batu pun tak terasa. Ada juga train dan bas yang dihias berkonsepkan Mickey Mouse. Memang cantik sangat.

Disneyland DisneySea

Budiey lihat Tokyo Disney Resort sangat besar dan luas kawasannya. Untuk info anda, Tokyo Disney Resort ni adalah taman tema Disney pertama dibina di luar US manakala Tokyo Disney Sea adalah satu-satunya Disney Sea yang ada di dunia setakat ini.

Tokyo Disneyland dan Disney Sea memang fully dalam bahasa Jepun tapi korang kena dapatkan pamplet dalam bahasa Inggeris yang telah disediakan untuk pelancong luar. Dalam perkataan lain, korang akan lihat semua show dan watak Disney bercakap dalam bahasa Jepun. Walaupun agak kekok tapi Budiey rasa watak-watak ni semuanya comel!

Tentang Tiket Masuk Disneyland

Disneyland Tokyo dikenali sebagai di antara Disneyland yang paling ramai orang lebih-lebih lagi pada musim cuti. Harga tiket untuk dua park iaitu Disneyland Tokyo dan Disneysea adalah 11,000 yen bersamaan RM350.

Budiey nasihatkan kepada anda yang nak datang… lebih baik beli tiket untuk kedua-dua lokasi iaitu Tokyo Disneyland dan Tokyo Disney Sea. Kalau diberi pilihan… Budiey rasa korang patut pilih Tokyo Disneyland sebab di sana lebih banyak daya tarikan dan sesuai untuk semua umur. Tapi korang kena ingat, dari segi pemandangan… Budiey kira Disney Sea ada pemandangan yang cantik.

Nak beli tiket cara yang lebih mudah? Budiey nasihatkan anda semua beli di e-ticket. Jadi beli tiket siap-siap secara online dan printkan. Tak perlu la korang nak beratur beli tiket kat sana lagi. Jimat masa!

Mahal ke tiket masuk Disneyland Tokyo ni? Rata-rata harga tiket bagi Disneyland ni lebih kurang sama je kat mana-mana Disneyland. Boleh rujuk Tiket Masuk Disneyland ni.

Satu proses biasa apabila nak melepasi pintu utama Disneyland adalah proses memeriksa beg. Biasanya mereka hanya periksa kalau ada membawa makanan dan minuman secara berlebihan.

Tiket dah ada, maka kami pun beratur dan tunjukkan tiket ni. Orang kaunter scan barkod dan periksa beg. Oh ya, sebelum keluar hotel makan kenyang-kenyang dulu tau. Bagi yang bawa anak-anak tu kasi makan sekenyang-kenyangnya juga untuk tenaga seharian. Sebelum tu buka map nak jalan kat mana dulu. Map boleh minta yang english version. Jangan amik yang Jepun ye? Download (sini) pun boleh Map Disneyland.

12644778_10154520786343332_1650804487491335134_n

Sebaik saja melangkah masuk ke dalam Disneyland Tokyo suasananya berubah seolah-olah masuk ke dalam dunia kartun. Deretan kedai merchandise yang menjual macam-macam cenderamata yang cantik dan comel ditempat di “World Bazaar” iaitu di hadapan pintu masuk. Ramai juga yang beli topi atau baju Mickey Mouse untuk dipakai ketika berada di sini.

Baru masuk Disneyland kalo tak posing tak sah kan? Macam orang gila asyik nak tangkap gambar je. Alhamdulillah masa kami datang tu, cuaca sangat elok, dan suasana sangat cantik! Rugi la kan kalau tak tangkap gambar? Kepada yang bawa anak boleh sewa stroller 700 yen sehari.

Pekerja diorang ni punyalah ramai. Diorang boleh cakap simple English tau. Jangan risau. Tanya je kalau tak tau :).

Taman Apa Yang Ada Di Disneyland Tokyo?

Apa-apa pun, korang kena pasang strategi sebenarnya. Kena plan. Apa yang patut buat dulu, attraction mana yang patut kita pergi dulu. Sebab apa, sekali sekala je datang ni, dan ramai sangat pengunjung yang datang dari jauh. Jadi sebaiknya belajar dan plan dulu sebelum masuk supaya tak rugi masa. Kalau tak plan, memang tak sempatlah nak merasa semua attraction sebab tempat ini sangat luas.

Taman ini dibahagikan kepada tujuh kawasan bertema yang saling melengkapi tetapi setiap satunya bergaya dan unik, iaitu: WorldBazaar, Adventureland, Westernland, Fantasyland, Tomorrowland, Critter Country dan Mickey’s Toontown.

Taman ini dikenali kerana ruang terbuka yang amat luas untuk menampung keramaian pengunjung walaupun pada hari-hari kedatangan sederhana. Pada tahun 2007, Tokyo Disneyland dikunjungi kira-kira 13.9 juta pelawat, menjadikannya taman tema ketiga teramai pelawat di dunia, hanya mengekori taman-taman kembarnya di AS, iaitu Magic Kingdom dan Disneyland.

Disneyland DisneySea

Oh ya, ada bas yang akan bawa kita jalan-jalan sekitar taman dalam sampai ke Castle Cinderella ni.

Ramai sungguh manusia masa ni. Kebanyakkannya orang Jepun sendiri. Jarang kami jumpa tourist. Belum musim lagi ni kot.

Yang bestnya permainan kat sini, ibu bapa boleh main sama. Takdelah anak-anak naik sendiri, Budiey lihat ibu bapa pun dah jadi macam anak-anak pula sebab mereka pun naik sama.

Apa Kelebihan Melawat Tokyo Disneyland?

Dari pemerhatian Budiey, tak payah nak round ke bandar Tokyo untuk lihat budaya masyarakat Jepun, kat Tokyo Disneyland ini anda boleh lihat juga bagaimana budaya orang Jepun.

Budiey lihat, pekerja di sini sangat mesra, efisien dan profesional. Layanan yang diberikan memang tip-top. Ini membuatkan Budiey rasa sangat enjoy sepanjang jalan-jalan di sini. Berbaloi untuk setiap yen yang Budiey bayar.

Kalau nak tahu, orang Jepun memang terkenal dengan adab sopan, sabar beratur menunggu giliran masing-masing di mana saja. Tak pernah Budiey tengok diorang ni potong barisan atau tolak menolak macam yang sering berlaku di negara kita.

Satu cara untuk jimatkan masa beratur panjang, apa kata dapatkan Fast Past yang disediakan. Biasanya ia disediakan di tempat permainan yang menjadi daya tumpuan utama. Jika kat sini, menunggu 1 hingga 2 jam tu masih dikira biasa. Kalau waktu puncak lagi la ramai. Tapi itu semua tak mematahkan semangat Budiey untuk mencuba. Nak datang sini, kena banyak sabar menunggu. Jangan lupa untuk maksimumkan penggnaan Fast Past ya.

Orang Jepun memang pembersih orangnya. Semuanya nampak clean. Tiada sampah yang bersepah merata-rata. Sangat bersih.

Sebenarnya, Budiey langsung tak bosan melawat Tokyo Disneyland. Ini kerana suasana di sini sentiasa diubah mengikut musim, sambutan atau event. Jadi, kalau nak datang setiap tahun pun takde masalah. Pengalaman akan berbeza-beza.

Disneyland DisneySea

Di Tokyo Disneyland ni, Budiey perhatikan ramai sekali budak-budak sekolah atau dalam perkataan lain pelajar sekolah berkeliaran kat sini. Mungkin bagi mereka, tempat ini menjadi tempat menghilangkan tekanan belajar atau dapat bersantai bersama kawan. Kalau dapat lihat, mereka memakai pakaian seragam sekolah, persatuan dan kelab kat sini. Boleh tengoklah seragam mereka yang unik, seragam yang cukup klasik, stokin panjang dan imej mereka biasanya berpuak-puak dan umpama satu pasukan!

Budiey perhatikan juga ada antara pengunjung yang mengenakan pakaian dari karakter seumpama cosplay. Memang comel-comel semuanya. Orang Jepun kata… Kawaaiii!

Budiey ada beli pop corn dalam bekas comel ni. Yang penting kita boleh refill pop corn kalau dah habis dalam bekas ni.

Disneyland

Okay kat bawah ini antara attraction yang Budiey sempat singgah.

Destinasi Pertama: Parade FROZEN FANTASY

Patutlah ramai yang beratur nak masuk lebih awal sebab ada parade iaitu perarakan pada awal paginya. Kali ini, Budiey menyaksikan satu perarakan untuk watak Disney dari filem FROZEN. Parade ni dinamakan FROZEN FANTASY. Memang best! Rasanya ramai bersetuju dengan Budiey, karakter FROZEN memang menarik dan menjadi daya tarikan utama. Filem ini juga menjadi fenomena di seluruh dunia.

12662027_10154520788963332_2581763250352003874_n

Semua yang datang kelihatan membentangkan tikar seawal satu jam sebelum parade bermula. Semuanya nampak bersemangat dan muka memasing nampak super duper excited. Kalau boleh carilah port yang lebih dekat dan cantik sikit. Budiey pilih depan-depan. Barulah gambar nampak cantik.

12631547_10154520789168332_6937521491904649656_n

Destinasi Kedua: Bertemu Mickey Mouse

Memang perkara paling wajib kalau melawat Disneyland, kita kena bergambar dengan karakter filem Disney. Orang cakap memang tak sahlah kalau tak bergambar dengan karakter Disney. Sebenarnya di luar tempat lalu lalang akan ada karakter yang mundar mandir dan biasanya mereka akan diserbu ramai peminat untuk bergambar.

12650993_10154520789803332_936431187043116181_n

Apabila berada di sini, Budiey teringat dan terkenang semasa zaman kecil dulu, bila mana Budiey pertama kali nonton Donald Duck, Mickey Mouse, Goofy, Toy Story, Lilo & Stitch, Lion King, Aladdin dan semua-muanya.

Antara karakter yang Budiey suka ialah… Pooh, Mickey Mouse dan Donald Duck. Memang karakter ni sangat popular ya. Dan Budiey bernasib baik sebab dapat bergambar dengan Mickey Mouse yang sentiasa ada di rumahnya yang terletak di Toon Town. Korang kena cari sendiri la di mana terletaknya rumah Mickey Mouse ni.

Di sinilah terdapatnya rumah-rumah watak-watak ni. Kita perlu beratur dan boleh bergambar bersama mereka. Tapi kebiasannya, memang panjang dan mengambil masa yang lama untuk beratur. Kena bersabarlah ya.

Destinasi Ke-3: Star Tours

Di Tokyo Disneyland ada beberapa roller coaster yang anda patut cuba. Antara yang Budiey cuba ialah Star Tours.

12645132_10154520796738332_5084570473322741618_n

Selain tu, saya juga sempat mencuba salah satu attraction yang utama di sini iaitu Star Tours. Star Tours ni sangat menarik dan unik kerana saya dimaklumkan setiap kali kita naik ride ni, video yang berbeza akan ditayangkan. Ini bermakna macam pengalaman yang baru setiap kali kita naik. Jadi tak hairanlah, Star Tours ni di antara yang paling ramai orang beratur.

Star Tours ni adalah ride berkonsepkan 4D yang membawa kita masuk ke dalam kapal angkasa seolah-olah kita sedang dibawa melancong ke angkasa lepas. Ketika sesi lawatan kita, konon-kononnya kapal kita diserang oleh orang jahat iaitu Darth Vader. Jadi kapal angkasa kita tadi yang pada awalnya dibawa dalam mood perlahan, tiba-tiba dibawa secara laju dan terpaksa melepaskan diri dari orang jahat. Ramailah orang yang menjerit (dalam bahasa Jepun) sebab ianya nampak sangat realistic.

Banyak lagi attraction yang menarik di Disneyland Tokyo ni seperti Haunted Mansion, It’s Small World, Space Mountain, Pirates of The Caribbean dan banyak lagi. Semua kena cuba!

Destinasi ke-4: Persembahan Muzikal

Jika anda semua letih-letih atau lenguh kaki, apa kata korang duduk berehat sambil menikmati persembahan muzikal yang sangat menghiburkan. Pelbagai karakter ada dalam persemhahan ini dan lagu-lagunya juga memang kita pernah dengar. Memang menghilangkan rasa lenguh kaki bila lama berdiri tu kan? Hati-hati, anda boleh tertidur pula kat sini sebab sejuk dan berangin. Persembahannya tidak menjemukan korang!

Destinasi ke-5: Perarakan Happiness is Here

Lagi sekali, kami duduk di tepi jalan untuk menyaksikan satu lagi parade iaitu Happiness is Here. Karakter dan juga lagu-lagunya juga memang best.

12642602_10154520798138332_2429943477439537045_n

Waktu petang saya, saya habiskan dengan berehat dan melihat orang lalu lalang sambil menikmati churros. Churros ni memang dah jadi macam trademark makanan minum petang kalau ke Disneyland.

Disneyland DisneySea

Destinasi ke-6: Perarakan Electrical Parade Dreamlight

Sebelah malam, Electrical Parade Dreamlight memang dinantikan oleh ramai pelawat. Memang wajib tengok perarakan dengan lampu yang bergemerlapan ni. Teringat pula zaman kanak-kanak dulu, Budiey selalu dibawa oleh arwah ayah melihat kereta berhias. Haa… lebih macam tu juga la ya.

12688211_10154520803128332_4493254261397378824_n

Destinasi ke-7: Pertunjukkan Once Upon A Time

OMG, dalam banyak-banyak pertunjukan ini yang paling best. Dikira kemuncak segala-galanya.

12654348_10154520796818332_8487937103495344932_n

Show “Once Upon a Time” ini baru bulan May 2014. Show ini sangat menarik sebab ia menggunakan teknologi 3D mapping, jadi Cinderella’s Castle itu terlihat seakan-akan menjadi hidup! Tak perlu nak tengok dekat-dekat sangat la ya sebab korang boleh nonton ini dari jauh, ataupun menukarkan tiket masuk kamu ke sebuah Lottery, dan jika ada nasib beruntung korang akan dapat tempat duduk yang lebih selesa di depan Cinderella’s Castle.

Tips Berguna Untuk Anda

Budiey nasihatkan, jangan lupa check cuaca dan suhu kat sini. Jangan lupa untuk google ramalan cuaca terlebih dahulu. Ramalan Cuaca di Jepun 99% adalah tepat. Sekurang-kurangnya kita tak rugi sebab nak masuk dalam Disneyland pun bukan murah. Memandangkan Disney Resort nie terletak di tepi laut, bila angin kuat tu, fuh, rasa sejuknya sampai ke tulang. Jadi, bawaklah jaket tebal sikit semasa musim winter.

Selain tu, jangan lupa bawa tikar kecil yang boleh dilipat. Boleh digunakan untuk alas solat, alas duduk dan juga tengok parade nanti.

Sebelum balik tu, jangan lupa tengok persembahan. Sangat cantik.

Satu tips lagi bagi korang yang mementingkan dunia maya dan tak boleh berpisah dengan talian internet. Budiey cadangkan korang dapatkan pocket wifi. Internet kat Jepun sangat laju okay.

Korang boleh booking melalui internet dan ambil kat KLIA semasa nak berangkat tu, Harga sewa dalam 200 yen je sehari. Kiraan penggunaan bergantung berapa hari kita kat Jepun tu. Sewa dan bayar dari Malaysia. Berbaloi-baloi.

IKSPIARI TOWN

Sepanjang 4 hari 3 malam berada di Tokyo, Budiey tak keluar jalan-jalan di Tokyo pun dah sebab segala barang dan makan-makan ada di sini iaitu di IKSPIARI.

12687784_10154520770868332_1345559890552787460_n

IKSPIARI adalah kompleks membeli belah yang terletak di pintu masuk Tokyo Disney Resort. Ia dibuka pada 7 Julai 2000. Memang besar juga tempat shopping ni. Difahamkan ada 140 buah kedai dan restoran, juga ada 16 kompleks pawagam kat IKSPIARI ni.

Yang menariknya, IKSPIARI ni ada elemen cerita dan hiburannya tersendiri di mana menampilkan 9 kawasan yang kesemuanya ada latar belakang cerita. Antaranya, Musuem Lane, Gracious Square, Theater Front, Entry Plaza dan Chef’s Row. Anda boleh berkunjung ke sini dan menikmati hidangan dan juga membeli belah di tempat yang unik.

Paling best, Budiey sempat merasai pengalaman menonton wayang di kompleks sinema yang ada 16 skrin dan 3,152 tempat duduk. Difahamkan kompleks pawagam ini adalah yang terbesar di Jepun! Korang kena cuba datang.

Memang sekurang-kurangnya seharian diperlukan untuk berada di Disneyland Tokyo ni dan bagi sesetengah orang mungkin memerlukan sekurang-kurang dua hari untuk betul-betul puas bermain dengan semua atrraction kat sini.

Sehari berada di Tokyo Disneyland ini, Budiey takkan lupakan sampai bila-bila.

Layari: http://www.tokyodisneyresort.jp/en/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Mudah Trade-in Telefon Bimbit Honor di VMALL

Johan & Sharnaaz Ahmad Jadi CHIEF LAWAK