in

Apa Pula Kata Penonton Tentang ADA APA DENGAN CINTA 2

Sejurus selepas menonton ADA APA DENGAN CINTA 2 di Malam Gala filem ini pada hari Selasa lalu, Budiey sempat bertanyakan pendapat penonton tentang filem yang diperkatakan ramai ini. Antara mereka yang sempat Budiey jumpa ialah Amir Muhammad, media, Abang Adam Salleh dan juga beberapa orang penonton lain.




Apa Pula Kata Penonton Tentang ADA APA DENGAN CINTA 2

[dropcap]A[/dropcap]da yang berpendapat filem ini hilang seni sasteranya. Namun disampaikan begitu cantik oleh Riri Riza. Rata-rata sangat teruja untuk menonton kali ini kerana filem ini sangat artistik dari segi sinematografi dan juga tema persabahatan yang ditonjolkan. Naratif jalan cerita sangat menarik walaupun ianya bersifat generik di mana ia pernah dipertontonkan sebelum ini. Lagu-lagu yang dikitar semula dari episod pertama juga mencantikkan lagi filem ini.

Kira-kira 1,000 peminat berkumpul di perkarangan E@Curve bagi menunggu kemunculan pelakon-pelakon utama filem tersebut dalam sesi ramah mesra yang diadakan di Center Atrium. Rata-rata peminat filem berkenaan ingin melihat dari dekat wajah pelakon filem popular itu.

Ada Apa Dengan Cinta 2 bakal ditayangkan serentak di Indonesia, Malaysia dan Brunei pada hari ini. Jadi, apa tunggu lagi, lekaslah menonton ya!

ADA APA DENGAN CINTA 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Undian APO 2016 Ditutup Malam Ini Cepat Undi SENSASI SELEBRITI

Ada Sebab ANUGERAH SERI ANGKASA Kembali Dianjurkan