in , , ,

“Penceraian Ini Bukan Satu Pengakhiran, Tapi Satu Permulaan” – Fizo Omar

Semalam, pelakon Fizo Omar dan Mawar telah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.

Fizo juga percaya ia adalah satu perancangan yang telah diaturkan oleh Allah dan beliau menerima takdir yang ditentukan ini dari sudut positif.

“Apa yg berlaku di antara saya dan Mawar ini adalah dengan izinNYA. Setelah pelbagai usaha dilakukan dan kami bersepakat untuk berpisah dengan cara baik.

“Sesiapa yang berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.Tapi perancangan ALLAH untuk kita adalah yang terbaik.

“Saya terima takdir ini dan saya percaya ALLAH tidak pernah zalim kepada hambaNYA dan setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

“Kita sebagai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yang positif dan jangan sesekali bersangka buruk kepada takdirnya,”

– Fizo menerusi laman Instagram miliknya.

Tambah Fizo lagi, penceraian ini bukanlah satu pengakhiran sebaliknya sebagai satu permulaan kepada fasa baru kehidupan mereka.

“Hari ini, 10 Julai 2019, dengan izin ALAH, status kami sebagai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kepada co- parent kepada zuriat kami, Wan Maryam Wan Hafizol iaitu amanah ALLAH kepada kami untuk menjaga dan mendidiknya.

“INSYA-ALLAH hubungan baik saya dan Mawar akan berterusan dan saya pasti hikmah di sebaliknya, kami terus menjaga silaturahim di antara kami dan keluarga akan bertambah erat.

“Pada saya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu permulaan fasa baru dalam hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik. Tiada perbalahan di antara kami dan punca dan sebab yang berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.

“Semoga dengan takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing-masing untuk menjadi insan yang lebih baik kelak,”

– Fizo

Malah Fizo juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi kata-kata semangat buatnya dan Mawar.

View this post on Instagram

IANYA SATU PERMULAAN BUKANNYA PENGAKHIRAN. . Terima kasih sya nk ucapkan kpd smua yg mendoakan yg baik2 utk sya dan Mawar.Segala penulisan yg positive dr kawan media dan komen2 yg positive dr netizen semoga Allah memberkati niat baik korang semua utk kami. . Apa yg berlaku diantara sya dan Mawar ini adalah dgn izinNYA.setelah pelbagai usaha dilakukan, dan kami bersepakat untuk berpisah dgn cara baik.sesiapa yg berumah tangga mengharapkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.Tapi perancangan Allah utk kita adalah yg terbaik.saya terima dgn takdir ini dan sya percaya Allah tidak pernah zalim kpd hambaNYA dan setiap apa yg berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.dan kita sbgai manusia haruslah memandang ke arah hikmah yg positive dan jgn sesekali bersangka buruk kpd takdirnya. . Hari ini, 10 Julai 2019, dgn izin Allah,Status kami sbgai suami isteri telah pun berakhir dan bertukar kpd CO- PARENT kpd zuriat kami, Wan Maryam Bt Wan Hafizol iaitu amanah Allah kpd kami utk menjaga dan mendidiknya.Insyallah hubungan baik sya dan mawar akan berterusan dan sya pasti hikmah disebaliknya kami terus menjaga silaturahim diantara kami dan kelurga akan bertambah erat. . Pada sya peristiwa ini bukanlah satu pengakhiran, malah ianya adalah satu PERMULAAN fasa baru dlm hidup kami, sebagai CO-PARENT dan sahabat baik.tiada perbalahan diantara kami dan punca dan sebab yg berlaku ini adalah kerana kelemahan dan kekurangan kami sendiri.semoga dgn takdir ini kami akan memperbaiki kekurangan masing2 untuk menjadi insan yg lebih baik kelak. . Sya akan sentiasa doakan yg terbaik utk mawar dan keluarga, juga berterima kasih diatas doa dan sokongan daripda anda semua yg berterusan utk kebaikan kami.

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on

“Saya akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Mawar dan keluarga, juga berterima kasih di atas doa dan sokongan daripada anda semua yang berterusan untuk kebaikan kami.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mendoakan baik-baik untuk saya dan Mawar,”

– Fizo
Fizo Omar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

LEGOLAND® Malaysia Resort Celebrates World Friendship Day With LEGO Friends

Azira Shafinaz Kembali Bercinta Semula dengan Yasser Khan