in

Penari sensasi Nick Demoura dalam Showdown 2011

REVOLUSI TARIAN BERSAMA NICK DEMOURA DALAM ‘SHOWDOWN 2011 gives back atcha’

Masanya telah kembali! ’SHOWDOWN 2011 gives back atcha’ kali ini membawakan kepada anda seorang lagi penari professional untuk mengadakan bengkel khas untuk para peminat program realiti popular ini.

Setelah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan ketika bengkel bersama Byron Carter yang diadakan tidak lama dulu, kali ini ’SHOWDOWN 2011 gives back atcha’ kembali untuk berkongsi pengalaman menari yang menyeronokkan untuk semua peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada program ini.

SHOWDOWN 2011 kali ini mempersembahkan penari sensasi Nick Demoura untuk berkongsi pengalaman dengan Top 12 kru dan tidak ketinggalan untuk peminat-peminat program realiti ini.

Demoura merupakan salah seorang penari Justin Bieber yang bertandang ke Malaysia ketika Bieber mengadakan konsert jelajah di Malaysia baru-baru ini. Sebagai sebuah program realiti yang berbeza dari program realiti lain yang sedia ada, SHOWDOWN 2011 sememangnya unik kerana sentiasa berterima kasih kepada peminat-peminat setia program realiti ini dengan mengadakan bengkel tarian untuk berkongsi pengalaman seni tari dengan penari-penari professional.

Demoura yang berasal dari Boston, Massachusetts merupakan penari Hip Hop professional. Beliau kemudiannya berpindah ke Los Angeles ketika berumur 18 tahun dan mula berjinak-jinak sebagai penari professional dengan menyertai projek-projek besar antaranya Monsters of Hip Hop, Road Trip tidak ketinggalan terlibat dengan pembikinan video-video muzik Disney dan Nickelodeon dan banyak lagi. Sebagai penari muda yang cukup berbakat, Deumora turut mengajar di Millennium Dance Complex dan Studio Tari Debbie Reynolds di Los Angeles.

Saksikan Demoura bersama-sama dengan Top 12 kru dalam bengkel khas yang diadakan di ibu kota baru-baru ini dalam SHOWDOWN 2011 Diaries…from the streets, Selasa, 10 Mei 2011 jam 11.30 malam eksklusif di 8TV.

“Ini merupakan cara kami untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat setia SHOWDOWN. Kami ingin berkongsi pengalaman dengan peminat-peminat semua untuk berkenalan dengan Top 12 kru dan menimba pengalaman baru dengan penari sensasi antarabangsa Nick Demoura!” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

SHOWDOWN 2011 diaktifkan oleh Hotlink bersama rakan penaja Vitagen dan Sony manakala Tune Hotels selaku hotel rasmi. SHOWDOWN 2011 disokong oleh Snips dan Office Make up selaku penata rias dan pendandan rambut rasmi. Tidak ketinggalan rakan media FlyFM, HotFM dan Just DANCE! Magazine, ‘Malaysia’s 1st Dance Magazine’.

Tahun ini SHOWDOWN 2011 tampil lebih interaktif dengan perisian yang lebih padat. Peminat-peminat program ini boleh mendapatkan informasi terkini dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my/showdown/2011 .

Apa yang menarik tentang laman sesawang ini? Anda bukan sahaja dapat mengenali Top 12 SHOWDOWN 2011 dengan lebih dekat malah anda dapat menyaksikan video-video tarian daripada penari-penari professional antaranya Byron Carter (penari latar Mary J. Blige) dan BBoy China yang berasal dari Thailand. Selain itu anda juga dapat melihat gambar-gambar eksklusif dari sesi ujibakat, Meltdown dan episode-episod menarik sepanjang SHOWDOWN 2011 berlangsung.

Saksikan teknik dan skil tarian yang pasti memukau mata, gerak tari kreatif serta tenaga yang dibawakan oleh kru-kru SHOWDOWN 2011. Program realiti pencarian kru penari jalanan terbaik disiarkan setiap Rabu, jam 9.30 malam eksklusif di 8TV.

Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran Astro 708. untuk mendapatkan maklumat terkini program-program kegemaran anda, layari laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my. Jangan lupa untuk mengikuti kami di lama sosial facebook on www.facebook.com/8TVshowdown untuk mendapatkan berita-berita eksklusif tentang SHOWDOWN 2011.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eizlan Yusof Jadi Suami Curang dalam Drama Air Mata Buaya

Create a Tagline for ASAP