in ,

Peminat Teruja, Selepas Selena Gomez, BLACKPINK Sah Berduet Dengan Cardi B

Berjudul Bet You Wanna, Blackpink bakal memperdengarkan duet mereka bersama penyanyi rap wanita popular antarabangsa, Cardi B tidak lama lagi.

Kumpulan K-Pop terkenal iaitu Blackpink telah mengumumkan akan tampil dengan album penuh pada bulan hadapan.

Album yang diberi judul ‘The Album’ itu bakal menemui peminat pada 6 Oktober dan beberapa judul lagu yang belum diperdengarkan lagi turut didedahkan sekaligus membuatkan peminat seluruh dunia cukup teruja.

Peminat Teruja, Selepas Selena Gomez, BLACKPINK Sah Berduet Dengan Cardi B

Selain pihak pengurusan kumpulan ini, YG Entertainment berkongsi ‘teaser’ salah satu lagu dalam album tersebut berjudul Lovesick Girls, turut kelihatan satu lagi single duet bakal diperdengarkan.

Peminat Teruja, Selepas Selena Gomez, BLACKPINK Sah Berduet Dengan Cardi B

Berjudul Bet You Wanna, Blackpink bakal memperdengarkan duet mereka bersama penyanyi rap wanita popular antarabangsa, Cardi B tidak lama lagi.

Blackpink yang dianggotai Jisoo, Rose, Lisa dan Jennie juga bakal memperkenalkan lima buah lagu lain dalam The Album.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Tak Kacau Isteri Orang,” Pelakon Nafi Jadi Orang Ketiga Perkahwinan Nadia Brian

Putus Cinta Dengan Oktovia Manrose, Alfie Zumi Dah Serik Bercinta dengan Janda?