in ,

Peminat Histeria Gara-Gara Bintang-Bintang Siri Jelajah Bas

Buat julung-julung kalinya, TV3 dan TV9 membawakan anda siri jelajah bas #dramasangat yang menemui penonton di sekitar Negeri Sembilan, Melaka, dan Kuala Lumpur pada 18 dan 19 April lalu. Siri jelajah ini melibatkan bintang-bintang slot Akasia, Samarinda, Zehra dan Ratu di TV3 dan TV9. Antara selebriti yang turut sama berada bagi siri jelajah ini adalah Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad (Hati Perempuan), Fattah Amin dan Erwin Dawson (Bencinta), Cristina Suzanne dan Hafeez Mikhail (Puteri Bukan Nama Sebenar), Siti Saleha dan Afiq Muiz (Ayuni Safira).

DSC_0067

Siri jelajah bas #dramasangat ini telah dilancarkan oleh Puan Siti Nurlisia dan Puan Zurina Othman Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9 yang juga disiarkan secara langsung menerusi rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di TV9. Dua pemenang bertuah iaitu, Mohd Aiman bin Aminuddin dan Sal Sabila binti Ramlan telah terpilih secara eksklusif untuk turut serta menaiki bas persiaran dua tingkat yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan mempunyai ruang beramah mesra dan mengenali barisan pelakon sepanjang jelajah ini.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin, “Kami amat berbangga, kerana inisiatif pertama TV3 dan TV9 untuk mengadakan siri jelajah bas #dramasangat berlangsung dengan sukses dan mendapat respon yang amat positif oleh pencinta-pencinta drama yang telah datang membanjiri setiap lokasi di Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur. Kami amat berterima kasih atas sokongan tanpa henti yang ditunjukkan oleh para peminat yang meminati drama-drama melayu yang disiarkan di TV3 & TV9. Acara ini akan diadakan setiap suku tahunan pada tahun 2015 ini, jika tiada halangan siri jelajah ini akan diteruskan lagi pada bulan Ogos dan Oktober nanti bersama drama dan barisan pelakon yang lebih mantap.”

Untuk siri jelajah suku pertama ini, secara keseluruhannya Bas #dramasangat telah menarik hampir 20,000 pengunjung untuk kesemua lokasi yang menjadi persinggahan sepanjang dua hari siri jelajah ini berlangsung. Peminat sudahpun memenuhi perkarangan Dataran Teluk Kemang, Port Dickson, Mahkota Parade, Dataran 1 Malaysia Klebang, D’Medan Mara Kuala Sungai Baru, Kuala Linggi dan Quill City Mall, Kuala Lumpur seawal jam 10 pagi dengan membawa pelbagai kain rentang, poster dan memakai pakaian yang memaparkan wajah pelakon kegemaran mereka. Lebih hebat lagi, belumpun sempat turun daripada bas, para peminat seperti sudah histeria dan mengerumuni bas #dramasangat. Ada juga peminat tegar yang setia mengekori bas #dramasangat daripada Kuala Lumpur hingga ke Melaka semata-mata untuk turut serta menjelajah bersama bintang pujaan mereka.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai siri jelajah yang telah berlangsung minggu lalu:

TARIKH HARI LOKASI MASA
18 April 2015 Sabtu Dataran Teluk Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan) 12.00 Tengah Hari
  Mahkota Parade, Melaka 4.30 Petang
  Dataran 1 Malaysia, Klebang 6.00 Petang
19 April 2015 Ahad D’Mara Medan Niaga, Kuala Sungai Baru, Kuala Linggi, Melaka. 12.00 Tengah Hari
  Quill City Mall, Kuala Lumpur 6.00 Petang

Selain daripada sesi tanda tangan dan bergambar bersama barisan pelakon, pelbagai lagi aktiviti menarik telah dilakukan sepanjang siri jelajah ini. Antaranya sesi prebiu drama bersama media dan pemenang, twitter take over (live chat) oleh pelakon, aktiviti sukaneka, karaoke dan persembahan akustik oleh Putra Mentor Legend. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web TV3 www.tv3.com.my dan TV9 www.tv9.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 dan TV9 iaitu @tv3malaysia dan @tv9malaysia untuk maklumat terkini mengenai siri jelajah bas #dramasangat ini. Jumpa anda lagi di siri jelajah bas #Dramasangat yang seterusnya nanti!

Pelancaran oleh Puan Siti Nurlisia & Puan Zurina Othman - Pengurus Besar...

Pemenang di ruangan lounge bersama Afiq Muiz

Mia & Fan

DSC_0146

DSC_0156

DSC_0165

Erwin Dawson & peminat

DSC_0202

DSC_0266

Erwin berduet dengan Mia dalam sesi karoke

DSC_0680

Fattah Amin

Afiq Muiz

Syarul Ridzwan

Mia Ahmad

Hafeez Mikail

Christina Suzanne

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Comelnya! Gambar Bayi Arisz Anak Memey Suhaiza & Norman Hakim

Celcom & TM Seal Collaborative For TM Next-Gen Backhaultm Services