in

Pemilik Pertama Nissan Leaf Terima Kunci

Menerima kereta baharu anda memang menyeronokkan, tetapi untuk menjadi yang pertama di negara ini menerima model terbaharu benar-benar sesuatu yang istimewa. Susulan daripada pelancaran kereta 100% Elektrik Nissan LEAF pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (KLIMS’13) baru-baru ini, pemilik bertuah kereta 100% Elektrik Nissan LEAF menerima kunci kereta daripada Edaran Tan Chong Motor (ETCM).

Pemilik pertama LEAF di Malaysia ini, walau bagaimanapun, agak `pemalu’ dan tidak mahu dikenali, maka seorang daripada kakitangannya, En. Peter Mun dan isterinya mewakili beliau pada majlis penyerahan kunci tersebut yang diadakan di bilik pameran Nissan di Petaling Jaya, baru-baru ini.

01 1st LEAF Owner Key handover

Pemilik berkenaan diberi penerangan terperinci tentang bagaimana mengendalikan kereta ini oleh wakil ETCM sebelum memandu kereta Nissan LEAF serba baharunya.

Pemilik LEAF, yang juga penyokong kuat kehidupan mesra alam sekitar, juga memiliki perniagaan sendiri yang berkaitan. Beliau berkata: “Saya dan keluarga adalah sangat prihatin dengan isu alam sekitar, yang menjelaskan mengapa kami sangat teruja apabila mengetahui Nissan LEAF akhirnya sudah berada di Malaysia. Kami pertama kali mengetahui mengenai kereta elektrik ini menerusi program Duta LEAF pada tahun lalu dan juga membaca iklan LEAF di dalam akhbar. Keluarga saya mengamalkan kitar semula sebagai sebahagian daripada gaya hidup kami dan kami juga mengumpul air hujan untuk digunakan ke atas tanaman kami, membersihkan rumah, membasuh pakaian dan juga kereta-kereta kami”.

“Saya akan memastikan kakitangan saya untuk menggunakan LEAF sebagai kereta syarikat kerana ia pasti menjimatkan kos, tidak perlu berhenti untuk mengisi minyak dan tidak perlu lagi bimbang terhadap kenaikan harga bahan api! Isteri saya tidak sabar mahu memandu kereta ini untuk ke tempat kerja juga membeli-belah. Saya rasa sangat gembira mengetahui bahawa kami melakukan sesuatu untuk menyumbang ke arah alam sekitar yang lebih baik. Perkara terbaik mengenai LEAF ialah ia tidak mengeluarkan asap yang pastinya mesra alam sekitar.”

ETCM juga menyerahkan kunci kepada pemilik kedua LEAF pada minggu yang sama tetapi atas sebab-sebab keselamatan, pemilik ini juga enggan mendedahkan identitinya.

Sebelum penyerahan kereta kepada pelanggan pertama, ETCM memasang dua unit pengecas Kenderaan Elektrik (EV); satu di garaj kediaman pemilik dan satu lagi di kawasan pejabatnya. Pembelian Nissan LEAF didatangkan dengan satu unit Pengecas EV yang akan dipasang oleh ETCM tanpa kos tambahan di lokasi pilihan pemilik.

Menyedari kepentingan memiliki infrastruktur pengecas EV, ETCM dengan kerjasama syarikat First Energy Networks (FEN), telah pun memasang stesen pengecas EV di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru sebagai kemudahan tambahan bagi pemilik LEAF. Pada masa ini, terdapat 15 stesen pengecas awam dan pemilik EC boleh menggunakannya secara percuma buat masa sekarang. Lebih banyak stesen pengecas EV akan dipasang di masa hadapan bagi meluaskan lagi rangkaiannya.

Kereta 100% Elektrik Nissan LEAF didatangkan dalam lima pilihan warna – Pearl White, Blue Ocean, Brilliant Silver, Metallic Slate dan Super Black dan ditawarkan pada harga atas jalan RM168,800.00.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kereta 100% Elektrik Nissan LEAF dan juga model-model lain Nissan di www.nissan.com.my atau melawat mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.

02 Brand new LEAF ready to be taken home

04 Zero Emission emblem

05 EV Home charger neatly fixed at LEAF owner's home garage

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tips Wajah Cantik, Sihat & Segar Dengan CocoBelle

10 Idea Untuk Nikmati NESCAFÉ Dolce Gusto