in ,

Pemenang Winner What’s Your Big TV Idea Primework

Peluang menangi RM80,000

Primeworks telah menganjurkan pertandingan What’s Your Big TV Idea? yang menawarkan hadiah sehingga RM80,000. Terbuka kepada orang ramai, pertandingan itu akan berlangsung sehingga 14 September ini.

What’s Your Big TV Idea? merupakan platform bagi mereka yang mahu tonjolkan idea kreatif dan inovatif untuk dijadikan program berkualiti bagi sesebuah stesen televisyen. Apa yang perlu dilakukan adalah mencipta idea-idea kreatif dan terjemahkan dalam bentuk karangan mengenai idea berkenaan. Pemenang akan dipilih berdasarkan idea-idea yang terbaik untuk dijual kepada mana-mana stesen televisyen berminat.

Kepada anda yang ada idea yang geliga, bernas, kreatif dan unik, bolehlah menghantar idea anda tak kira dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Hantar melalui online di www.bigidea.com.my sehingga 14 September 2008.

Sebanyak 20 idea kreatif yang terpilih berpeluang untuk memasarkannya secara eksklusif bersama panel pemilih termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan. Sebanyak RM3,000 akan diberikan kepada mereka yang terpilih dalam senarai 20 terbaik.

Untuk keterangan lanjut, layari www.bigidea.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Mencuci Kemaluan

DIARI PASUNG I.S.A Dokumentari Khas Sempena Merdeka