in

Pemenang Pertandingan Menulis Lirik Lagu Imran Ajmain

Imran Ajmain telah menerima lebih 100 penyertaan. Dari jumlah itu, sebanyak 60 entri layak ke pusingan akhir. Dan kemudian ditapis kepada 20 entri… dan dari situ dipilih 4 entri finalis iaitu:

  1. Azree Ariffin, Malaysia
  2. Firas Fadly, Singapore
  3. “Frisco Sonson”, Malaysia
  4. Faizal Maslan, Malaysia

Tahniah kepada Muhammad Faizal Maslan dari Rawang yang telah dipilih sebagai pemenang pertandingan menulis lirik lagu yang bakal dimuatkan dalam album ke 2 Imran Ajmain yang berjudul “Punca Dan Tindakan”.

Memang sebuah lirik yang sangat puitis dan penuh dengan makna. Yang penting iainya sangat sesuai dengan lagu yang dicipta oleh Imran Ajmain. Muhammad Faizal Maslan akan menghadiri sesi rakaman dan pelancaran album tesebut disamping memenangi hadiah-hadiah lain.

Tahniah sekali lagi!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WORLDSTARS – ROAD TO HOLLYWOOD

Gambar Selebriti di Anugerah Bintang Popular ABP 2008