in

Pembelajaran Online Percuma Sempena Penutupan Sekolah

ITTV Menawarkan Pembelajaran Online Secara Percuma Kepada Semua Pelajar Malaysia Untuk Belajar Dari Rumah Sempena Penutupan Sekolah Akibat Perintah Kawalan Pergerakan

Sebagai sumbangan kepada semua rakyat Malaysia dan untuk membantu pelajar-pelajar belajar dari rumah dengan selamat, kami menawarkan semua pakej kami secara percuma. Ini adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar untuk berada di rumah dan belajar tanpa sebarang gangguan. Akses percuma ini bermula 1HB April untuk 2 minggu.

Kebanyakan pelajar Malaysia sedang mengalami kesusahan untuk sambung belajar kerana penutupan sekolah. Guru-guru juga sedang menghadapi kesusahan untuk berkomunikasi dengan pelajar-pelajar walaupun ramai guru sedang mengambil pelbagai inisiatif untuk terus berhubung bersama pelajar-pelajar mereka.

Kami juga berterima kasih kepada kerajaan kerana menawarkan internet percuma kepada semua rakyat Malaysia bermula 1hb April. Pelajar-pelajar boleh mengambil peluang ini untuk mengakses ITTV untuk mengulangkaji. Selepas tempoh perintah Kawalan Pergerakan berakhir, pelajar-pelajar ini akan berlayak untuk dapatkan diskaun sebanyak 50% bagi semua pakej-pakej ITTV.

Ramai guru telah mengesyorkan ITTV kepada pelajar-pelajar mereka sebagai bahan ulangkaji. Ini adalah kerana portal kami ada lebih 3200 kandungan video, lebih 30000 soalan-soalan dalam e- Assessments, koleksi formula dan glosari, forum tutor dimana pelajar-pelajar dapat mengajukan soalan kepada panel guru kami dan kad laporan online untuk memantau kemajuan akademik.

Lebih 100000 pelajar telah bermanfaat dari portal ITTV. Kami juga telah bekerjasama dengan pelbagai institusi seperti Yayasan Selangor, Yayasan Pelajaran Johor, Kementerian Pendidikan Malaysia dan sebagainya.

Kami berharap pelajar-pelajar Malaysia akan mengambil peluang ini untuk belajar dan membuat ulangkaji bersama kami.

Untuk mengakses ITTV dengan percuma, layari www.ittv.com.my . Untuk maklumat lanjut, sila whatsapp kami di talian kami 012 677 4855 atau emel kami di [email protected]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Juliana Evans & Liyana Jasmay Hos Travelog FLY US TO ASIA

Saluran Berita Media Prima Paling Banyak Ditonton