in

Pelawak & Pelakon Drama SPANAR JAYA Ramasundran Meninggal Dunia di Usia 57 Tahun

PELAKON dan pelawak negara Kapt (B) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) R. Ramasundran, 57, yang popular antaranya melalui sitkom Spanar Jaya meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pelakon, pelawak dan pengarah, Ramasundran Rengan, 57, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), jam 1.40 pagi tadi. Berita pemergian pelakon yang dikenali menerusi watak Rajoo dalam sitkom Spanar Jaya itu disahkan oleh isterinya, Kamala Cheriakannan.

Kamala berkata, mendiang suami mengalami masalah bengkak di kaki disebabkan jangkitan dan alah dengan ubat-ubatan.

“Punca kematian tepat belum dapat dipastikan. Bedah siasat akan dilakukan hari ini untuk mengenalpasti kematiannya.

“Mendiang suami tidak mempunyai masalah jantung. Cuma, jangkitan pada kaki mengeluarkan lendir, malam tadi. Jadi, saya memutuskan membawanya ke HKL, kira-kira jam 11.45 malam.

“Bagaimanapun, saya terkejut, sejam kemudian diberitahu suami menghembuskan nafas terakhir,”

Menurut Kamala, suaminya sempat mengarahkan sebuah program travelog berkaitan produk berasaskan herba bagi siaran RTM, baru-baru ini.

“Setahu saya, kerja pengarahan program travelog sudah selesai. Cuma sekarang dalam proses penyuntingan.

“Penggambaran selesai bulan lalu membabitkan pelbagai lokasi termasuk Cameron Highlands, Pulau Pinang dan Port Dickson,” katanya.

Berita duka itu telah dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah menerusi perkongsian di Facebook persatuan itu.

“Kita kehilangan seorang pelakon, pelawak, penyanyi, pengarah yang sangat dedikasi dan komited dengan kerja. Rama telah meninggal dunia antara pukul 2 hingga 2.30 pagi tadi. Beliau mengalami bengkak kaki dan di bawa ke bahagian kecemasan pukul 12 pagi, sejam kemudian doktor mengesahkan Rama telah tiada.”

– Hafiz Nafiah

Mendiang Ramasundran yang juga Naib Presiden Persatuan Teater Malaysia dan Penolong Setiausaha Yayasan Artis Veteran Malaysia itu mula menceburi dunia lakonan sejak tiga dekad lalu dengan membintangi pelbagai drama dan sitkom.

Pelawak & Pelakon Drama SPANAR JAYA Ramasundran Meninggal Dunia di Usia 57 Tahun

Menerusi perkahwinannya dengan Kamala, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Antara filem yang pernah dibintangi Ramasundran ialah Kerja Kahwin, Sini Ada Hantu, Aku Kaya The Movie dan Cinta 200 Ela.

Pelawak & Pelakon Drama SPANAR JAYA Ramasundran Meninggal Dunia di Usia 57 Tahun

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marsha Milan Dipanggil B*bi & Bodoh, Nekad Mahu Buat Laporan Polis

Boleh Ke Bersenam Selepas Suntik Vaksin COVID-19? Ini Kata Pakar Yang Korang Kena Tahu