in

Pelancaran Produk Terbaru MAY Diamond Dazzle

SERLAHKAN PESONA BINTANGMU DENGAN MAY DIAMOND DAZZLE

Formulasi Nutrimoist Complex menjadikan kulit kelihatan lembut dan berseri bak sang bintang

Jenama penjagaan badan dan kecantikan terkemuka Malaysia, MAY memperkenalkan rangkaian sabun dan krim mandian terbaru mereka, MAY Diamond Dazzle.

Dilancarkan dalam bungkusan baru yang menarik, MAY Diamond Dazzle bukan sahaja akan mempesonakan pengguna setia malah ia akan memberi keserian, kesegaran dan mengekalkan kelembapan kulit melalui formulasi terbaru iaitu “Nutrimoist Complex.”

Tiz Zaqyah May

“Sejak dahulu lagi MAY adalah teman setia kepada setiap gadis. Kami menumpukan perhatian kepada kehendak mereka dan memahami bahawa mereka memerlukan manfaat tambahan di dalam rejim penjagaan kecantikan mereka”,  jelas Encik Francis Ng, Pengurus Besar Pemasaran, Bahagian Isi Rumah & Penjagaan Peribadi, Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd.

Tambah Francis lagi, manfaat tambahan ini boleh dinikmati oleh setiap “gadis May” melalui formulasi Nutrimoist Complex yang diperkaya dengan gabungan tiga pelembap aktif. Formulasi ini bukan sahaja membersih malah ia menghidrat, memelihara dan mengekalkan kelembapan kulit untuk tempoh yang lebih lama. Keunikan manfaat tambahan ini membuatkan MAY berdiri utuh berbanding dengan jenama produk mandian yang lain.

Ujar beliau lagi, krim mandian MAY Diamond Dazzle memiliki elemen mewah yang diadun dengan garam laut dan mempunyai efek berkilau. MAY Diamond Dazzle memberikan aura mewah, eksklusif dan pesona glamor seakan seorang bintang selepas setiap sesi mandian. Penggunaan berterusan produk ini menjadikan kulit kelihatan lebih halus, ayu dan berseri sekaligus memberikan keyakinan kepada setiap pengguna.

Kemunculan May dengan variasi sabun dan krim mandian terbaru ini turut mencuri perhatian bakat besar layar perak dan televisyen tempatan, Tiz Zaqyah yang telah dilantik sebagai wajah eksklusif jenama ini.

“Tiz Zaqyah adalah seorang aktres muda yang berjaya, penuh dengan aura glamor dan berkeyakinan tinggi. Beliau adalah definisi sebenar seorang gadis MAY Diamond Dazzle yang menjadi inspirasi kepada setiap pengguna”, bicara Francis mengenai pemilihan Tiz Zaqyah sebagai duta MAY Diamond Dazzle.

Beliau percaya MAY Diamond Dazzle akan menarik perhatian golongan wanita muda dan golongan eksekutif yang sering mencari produk dengan manfaat tambahan bagi kulit mereka.

Sementara itu Tiz Zaqyah turut merasa teruja apabila dilantik menjadi duta MAY Diamond Dazzle. “ Saya berasa amat bangga dilantik menjadi wajah eksklusif bagi sebuah produk yang menakjubkan seperti MAY Diamond Dazzle ini. Saya adalah orang pertama yang mencuba produk ini sebelum dipasarkan dan ianya memberikan¬_manfaat yang amat menakjubkan”.

“Sebagai seorang artis, saya amat menghargai manfaat tambahan yang hadir di dalam produk MAY Diamond Dazzle yang bukan sahaja melembutkan kulit malah menjadikan kulit saya berseri dan bermaya. Saya yakin bahawa ramai gadis seusia saya pasti akan menggemari MAY Diamond Dazzle_kerana manfaat hebat ini”, ujar Tiz Zaqyah.

Rangkaian sabun dan krim mandian MAY Diamond Dazzle boleh didapati di kebanyakan kedai dan pasar raya di seluruh Malaysia. Ia dijual pada harga RM2.85 bagi satu pek yang mengandungi tiga buku sabun 85gm, RM5.90 untuk botol 220ml, RM8.10 bagi 600ml pek isi semula (refill) dan RM13.90 bagi botol 700ml.

Tiz Zaqyah May

Tiz Zaqyah May

Mengenai Jenama MAY
Sama ada kejelitaan jasmani ataupun rohani, MAY percaya bahawa setiap wanita mengidamkan kedua-duanya.
Sejak permulaannya dalam 1970an sebagai sabun kecantikan yang memenuhi keperluan pembersihan asas para pelanggan, jenama MAY telah berkembang selama ini menerusi pelbagai transformasi dari aspek formulasi, pembungkusan dan kekukuhan jenama demi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah.
Kini, MAY adalah satu jenama mandian peribadi terkemuka yang menggandingkan manfaat kecantikan bahan-bahan semula jadi dengan wangian yang membelai jiwa demi memberi kenikmatan jasmani dan rohani yang menyeluruh.
Rangkaian sabun kecantikan dan krim mandian MAY membersih dan menyucikan badan dengan lembut, manakala gandingan bahan-bahan penjagaan kulit melembapkan dan mencergaskan badan untuk kulit lembut bak sutera. Apabila kulit sihat sejahtera, kecantikan paras rupa turut mempesona secara semula jadi.

Mengenai Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd
Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. (Lam Soon) merupakan pengeluar makanan, produk keperluan rumah serta penjagaan peribadi yang telah bertapak di Malaysia sejak 1950an. Produk berkualiti dalam kategori produk keperluan rumah dan peribadi termasuk sabun kecantikan dan krim mandian MAY, sabun FRUITALE NUTRIENT, sabun dan krim mandian anti-bakteria ANTABAX, pencuci tangan cecair dan cecair sanitasi tangan anti-bakteria ANTABAX, produk keperluan rumah ZIP, cecair pencuci pinggan-mangkuk mesra alam BIO-HOME, cecair dan pes pencuci pinggan-mangkuk LABOUR.
Sebagai jenama keperluan rumah dan penjagaan peribadi terkemuka yang dipercayai oleh para pengguna, Lam Soon bertekad untuk menghasilkan produk berkualiti untuk gaya hidup yang lebih sihat dan bersih.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Bercuti Ke Bandung Bersama Judika & Budiey

Sekitar Tayangan Perdana Sitkom Terbaru Small Mission Enterprise