in ,

Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Ali Zahraa MADEENA

Asia Empire Records Dan Ali Zahra Holding Sdn Bhd Telah Mengadakan Majlis Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Ali Zahraa “Madeena” & Lagu “Kembara Nabawi” Pelita Lusoh Serta Lirik Video Rasmi Di Grand Millenium Hotel Kuala Lumpur.

Gambar Hiasan

Ali Zahra Holding Sdn Bhd (Ali Zahraa) Adalah Satu Entiti Korporat Pengeluar Dan Pemasar Produk Kesihatan Dan Kecantikan. Sebuah Syarikat Yang Mempunyai Pengalaman Luas Dalam Bidang Produk Kesihatan Semenjak Tahun 1998. Semenjak 3 Tahun Yang Lepas, Penjenamaan Semula Ali Zahraa, Sekali Lagi Menggegarkan Pasaran Dan Telah Menjadi Fenomena Di Malaysia Dengan Kelahiran Zahraa Aroma Theraphy Oil, Gel Theraphy Dan Serum Madeena Dan Lain Lain. Ali Zahraa Mempunyai Lebih Dari 300 Ribu Pelanggan Di Seluruh Malaysia.

Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Ali Zahraa MADEENA

Kali Ini Ali Zahraa “Madeena” Sekali Lagi Akan Menggergarkan Pasaran Produk Kecantikan Kulit Dengan Kerjasama Penuh Bersama Pelita Lusoh. Kini, Pelita Lusoh Menjayakan Produk Terbaru Ali Zahraa “Madeena” Bukan Sebagai Duta Akan Tetapi Sebagai Rakan Kongsi Untuk Bersama Melayakkan Produk Ali Zahraa Ke Pasaran Asia.

Setelah Hampir Setahun Bersama Bekerja Keras Maka Terlahirlah Produk Muslim Unggul Ali Zahraa “Madeena” Dan Sesuatu Yang Baru Bagi Pelita Lusoh Kerana Melangkah Setapak Lagi Kedalam Dunia Produk Penjagaan Kulit.

Dengan Ini, Sekali Lagi Asia Empire Records Dan Pelita Lusoh Production Telah Melebarkan Sayap Mereka. Sebelum Ini Asia Empire Records Dan Pelita Lusoh Production Telah 2 Tahun Beroperasi Dan Mereka Mempunyai Studio Rakaman, Pengurusan Artis, Produksi Muzik Video, Artis Naungan Dan Pelbagai Lagi. Kini, Telah Tiba Masanya Pelita Lusoh Kembangkan Perniagaan Mereka Dengan Sesuatu Yang Baru. 

Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Ali Zahraa MADEENA

Pelita Lusoh – Kembara Nabawi

Bersama Dengan Produk Ali Zahraa “Madeena” Pelita Lusoh Telah Melahirkan Sebuah Lagu Yang Berjudul “Kembara Nabawi”. Lagu Ini Ditulis Oleh Fj Muzik Dan Telah Digubah Sepenuhnya Oleh Pelita Lusoh. Rakaman Single Ini Juga Menampilkan Pemuzik Jemputan Seperti Daus Dari Kumpulan (Drama Band) Sebagai Pemain Bass & Rudy Dari Kumpulan “Nastia” Untuk Strings.

Rakaman Dan Adunan Sepenuhnya Di Asia Empire Records Studio. Penulisan Lagu Ini Menceritakan Tentang Perjuangan Dan Kehidupan Rasullullah Saw. 

Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Ali Zahraa MADEENA

Lirik Video Rasmi Kembara Nabawi

Pengambaran Rakaman Pembikinan Lagu Kembara Nabawi Dijalankan Di Asia Empire Records Studio Sepenuhnya Semasa Sesi Rakaman Lagu Tersebut. Keseluruhan Produksi Lirik Video Ini Adalah Oleh Asia Empire Records. Lirik Video Rasmi Ini Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 29 Julai 2020 Jam 8:30 Malam Di Saluran Youtube Rasmi Asia Empire Records. 

Sekalung Penghargaan Dan Jutaan Terima Kasih Pada Pihak Media Cetak Dan Media Elektronik Yang Turut Bersama Hadir Dan Memberikan Sokongan Kepada Pelita Lusoh Di Sesi Pelancaran Produk Penjagaan Kulit Ali Zahraa “Madeena” Serta Lagu “Kembara Nabawi” Oleh Pelita Lusoh.

Moga Akan Terus Diberi Ruang Bekarya Serta Sokongan Untuk Kami Bersama Membantu Memeriahkan Serta Mewarnai Industri Muzik Tanahair.

Laman Sesawang Rasmi

Facebbok/Pelitalusoh      Instagram/Pelitalusoh

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alya Iman Sedih Digelar Perempuan Murahan

Lagu RAJA SIMURGH Siqma Ft. Kmy Kmo Inspirasi Melodi Lagu Rakyat RASA SAYANG