in

Pelancaran Album DJ Fuzz Siri Mixtape Mixology 3

Pelancaran Album DJ Fuzz Siri Mixtape Mixology 3
Gabungan artis tempatan dalam penyatuan rentak dan melodi

Sebagai seorang yang terkenal dalam arena muzik hip hop, DJ Fuzz akan melancarkan satu lagi siri mixtape Mixology dalam bulan Januari 2011.

Bertempat di Laundry Bar, master mix ini akan berganding dengan beberapa orang artis tempatan bagi mempersembahkan lagu-lagu daripada album secara langsung, menjadikan pelancaran album ini sebagai salah satu persembahan mixtape terunggul di daerah ini pada masa kini.

Video Sekitar Pelancaran Album Mixology 3

Sepanjang sedekad ini, DJ Fuzz (atau turut dikenali sebagai Farzwa De Attaher Emir) berjaya mengekalkan prestasi kariernya dalam arena muzik hip hop di Malaysia.

Sebagai seorang DJ yang paling menonjol di Malaysia, beliau telah memenangi banyak pertandingan DJ dan ‘turntable’, dan telah banyak berkolaborasi bukan sahaja dengan artis-artis tempatan malah dengan artis-artis antarabangsa juga. Selama berkecimpung dalam industri muzik, DJ Fuzz dengan gayanya tersendiri telah berjaya memukau penonton tempatan dan antarabangsa, menjadikannya sebagai DJ pilihan di kebanyakan kelab-kelab dan persembahan “LIVE”.

Selain daripada mengorak langkah secara solo, DJ Fuzz turut menganggotai Krew Teh Tarik dan krew Stylustiks (bersama DJ Cza dan DJ Uno). Baru-baru ini, beliau turut berkolaborasi dengan Bum Squad DJz Worldwide dan telah mmbuat persembahan di beberapa lokasi dari Jepun ke Maldives.

Seiring mengembangkan kariernya, DJ Fuzz turut menubuhkan Akademi DJ Mixology yang bertempat di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, menganjurkan persembahan mix, menghasilkan kemeja T berjenama Xrossfade, dan kini berkecimpung dengan penulisan buku tentang bagaimana menjadi seorang DJ.

Berbekalkan bakat, DJ Fuzz nampaknya seakan tidak boleh dan tidak akan berhenti setakat ini. Bagi memulakan acara tahun 2011, DJ tanpa tandingan ini menyambut kelahiran album ketiganya dalam siri mixtape album, Mixology 3, dalam sesi pelancaran album yang pasti menggemparkan.

Dalam usaha jitu ini, DJ Fuzz bukan sahaja bereksperimentasi dengan haluan baru, malah berperanan sebagai penerbit. Pelancaran Album Mixology 3 ini akan mempersembahkan gandingan beliau dengan beberapa artis tempatan termasuk Noh (Hujan), Mizz Nina, Altimet, Tactmatic, dan Aizat, serta alumni dari Akademi DJ Mixology.

Diacarakan oleh Mal dan Sona One, pelancaran album ini bakal menjadi penyatuan terbesar peminat muzik hip hop buat pertama kalinya pada tahun 2011.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muzikal Thithikum Thai Ponggal di TV2

Spider-Man Andrew Garfield First Look!