in

Pelancaran Album Bukan Sekadar Julfekar

Dream Music Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Dream Chorus Sdn Bhd telah menganjurkan Majlis Pelancaran Album “Bukan Sekadar Julfekar” serta Pameran Lukisan “In The Brush of Rameeta” pada 27 Mac 2012, jam 2.00 petang di Saloma Bistro & Theatre Restaurant, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri II, Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia.

Album “Bukan Sekadar JULFEKAR atau Not Just JULFEKAR” adalah gabungan dua buah album yang terdiri daripada “Julfekar and The Stringers” dan “Ilham Julfekar”. Album yang berkonsepkan “pop classical” ini memuatkan dua puluh (20) buah lagu.

Pelancaran Album Bukan Sekadar Julfekar

Secara ringkasnya di dalam album “Julfekar and The Stringers” lima (5) buah lagunya merupakan kolaborasi bersama pemain String seperti Violin, Viola dan Cello. Manakala di dalam album “Ilham Julfekar”, terdapat lima (5) buah lagu baru dan selebihnya merupakan lagu-lagu lama yang diberikan nafas baru hasil sentuhan saudara Julfekar sendiri.

Penghasilan lima (5) buah lagu yang berkolaborasi bersama pemain String seperti Violin, Viola dan Cello ini merupakan lagu-lagu lama yang telah diberi nafas baru hasil sentuhan Julfekar sendiri. Empat buah lagu daripadanya turut dinyanyikan sendiri oleh beliau. Manakala lagu “Penantian” telah disampaikan bersama penyanyi asalnya, Zubir Ali. Barisan lagu-lagu di dalam Julfekar and The Stringers adalah; Melakar Rindu (Lirik/Lagu: Julfekar), Lupakanlah (Lirik/Lagu: Julfekar), Salahkah Aku (Lirik/Lagu: Julfekar), Ku Terus Begini (Lirik/Lagu: Julfekar), Penantian (Lirik/Lagu: Zubir Ali).

Bagi lima belas (15) buah lagu yang berikutnya merupakan aspirasi Julfekar dalam gubahannya selama ini untuk beberapa artis popular naungannya sebelum ini di Malaysia seperti; Elly Mazlein, Farahdhiya, Alyah, Francisca Peter, Azharina, Farawahida & Min Yasmin yang kini sedang meningkat naik.

Penerbitan album ini secara eksklusifnya melalui 2 dalam 1 format. Album ini memuatkan barisan lagu-lagu baru untuk diketengahkan seperti Please Forgive Me & Kata Saja I Love You oleh Elly Mazlein dan Kau Telah Pergi & Tergila-gila oleh Farahdhiya.

Pelancaran Album Bukan Sekadar Julfekar

Titipan Kasih, lagu yang turut dipersembahkan di dalam album ini merupakan lagu baru yang menjadi lagu tema di dalam program kemasyarakatan Harian Metro CSR. Ia disampaikan oleh Alyah dan dinyanyikan bersama oleh pendatang baru, iaitu Min Yasmin.

Di samping itu, album ini turut menghimpunkan barisan lagu-lagu popular yang pernah memartabatkan nama Julfekar di dalam industri muzik tempatan iaitu Tanpamu dan Semuanya Ada Di Sini – Farawahida, Seandainya – Azharina. Lagu-lagu lain adalah Melukis Rembulan – Francissca Peter ft Julfekar, Persoalan Cinta dan Menerjah Awan – Farawahida, Mengenal Cinta – Azharina ft Julfekar, Jangan Simpan Rindumu – Francissca Peter ft VE dan Mimpi Bahagia – Azharina ft Hazami.

Pencetusan album “Bukan Sekadar Julfekar” ini turut mengangkat kolaborasi antara dua buah negara yang julung-julung kalinya diadakan di negara ini iaitu di antara Julfekar komposer terkenal dari Malaysia dengan Rameer Tawasil iaitu seorang pelukis prolifik berbangsa Tausug Ukkilist yang berasal dari Filipina.
“Lukisan-lukisan yang dipamerkan tersebut merupakan penterjemahan simbolik daripada album “Bukan Sekadar Julfekar” ini dan diberi nama “IN THE BRUSH OF RAMEETA”.

Lukisan ini bukan sahaja memaparkan simbolik terhadap karya di dalam album tersebut, malahan ini adalah cara artistik bagi mengungkapkan bait-bait lagu dan lirik melalui lukisan”, ujar Datuk Hj Mohd Fauzi Zakaria. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan artis-artis yang terdiri daripada Min Yasmin, Elly Mazlein & Farahdhiya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dreammusic.com.my

Pelancaran Album Bukan Sekadar Julfekar

Pelancaran Album Bukan Sekadar Julfekar

Pelancaran Album Bukan Sekadar Julfekar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia X Kuala Lumpur Sydney

AirAsia Asian Excellence Recognition Awards