in ,

Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Idris Mohd Diah Meninggal Dunia

Pelakon veteran Mohd Idris Mohd Diah atau lebih dikenali sebagai Idris Mat Diah dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Presint 9, Putrajaya, awal pagi tadi.


Allahyarham yang terkenal dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 dikatakan meninggal dunia ketika sedang tidur kira-kira pukul 2.30 pagi, Isnin di kediamannya di Presint 9, Putrajaya.

Khabar duka turut tersebut dikongsi rakan pelakon Zulkifli Ismail di laman sosial Facebook(nya) kira-kira pukul 8.30 pagi Isnin.

Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 2  Idris Mohd Diah Meninggal Dunia

Mereka kemudiannya menghubungi pihak ambulans dan disahkan telah Idris meninggal dunia jam 2.30 pagi.

Alia turut memberitahu, dua tiga hari ini Allahyarham tidak mempunyai selera makan. 

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Al-Faizin Taman Desa Kepong untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Lagong, Taman Ehsan, Kuala Lumpur sebelum Zuhur.

Pelakon Drama 7 Hari Mencintaiku 2  Idris Mohd Diah Meninggal Dunia

“Ayah disedari tidak sedarkan diri sekitar pukul 2 pagi tadi. Arwah sudah dua tiga hari tidak selera makan,”

– Alia

Allahyarham yang sangat sinonim dengan karakter bapa dan datuk itu merupakan antara pelakon veteran yang cukup disegani dalam industri.

Antara drama yang pernah dilakonkan Allahyarham ialah Wadi, Cinta Si Wedding Planner, 7 Hari Mencintaiku, Cucu Tauke Beras, Menantu Bilal, Andainya Takdir, Zahir Tak Terucap, Andainya Takdir 2 dan yang terbaru, 7 Hari Mencintaiku 2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bintang Marvel, Chris Evans Terkongsi Gambar Kemaluan Sendiri

Sweetnya! Fazura Dedikasikan Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Fattah Amin