in , ,

Pelakon Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Sah Bercerai

PELAKON, Sharnaaz Ahmad dan isterinya yang juga ahli perniagaan, Noor Nabila sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan kakak kepada pengacara, Neelofa iaitu Noor Nabila secara hakam pada 9 Julai lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad akui tidak berdendam malah mereka sepakat memilih untuk mengikut haluan masing-masing dengan cara baik.

Menurut Sharnaaz, beliau merasakan mungkin dirinya bukan suami yang terbaik dan bagus untuk Nabila namun mendedahkan dirinya akan menjadi seorang bapa yang baik untuk anaknya iaitu Jebat Jayden.

Ujar Sharnaaz, keutamaannya kini hanya diberikan sepenuhnya buat Jebat sahaja, malah tidak menolak untuk membesarkan anaknya itu bersama bekas isteri.

Sharnaaz dan Nabila sah cerai

“Keutamaan saya dan Nabila sama iaitu untuk membesarkan dan memberi yang terbaik pada Jebat. Saya takkan pernah bagi Jebat rasa kehilangan bapa.”

Kata Sharnaaz, meskipun sibuk atau sakit beliau akan tetap bertemu dengan Jebat di rumah Nabila.

“Yang penting takda gaduh. Alhamdulillah saya dapat perlepasan daripada Nabila untuk berjumpa dengan Jebat bila-bila masa sahaja. Insya-Allah saya akan ada untuk Jebat sampai hujung nyawa,” katanya lagi.”

Ditanya soal pengganti, Sharnaaz menyatakan dirinya tidak memikirkan lagi buat masa sekarang. Malah menegaskan hidupnya sudah cukup sempurna dengan wujudnya anak di sisi.

Terdahulu, Sharnaaz dan Nabila telah melangsungkan perkahwinan pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun bulan Ogos ini.

==

Sharnaaz & Nabila Sah Cerai

PELAKON, Sharnaaz Ahmad dan isterinya yang juga ahli perniagaan, Noor Nabila sah bercerai pada 9 Julai lalu secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Perkara itu disahkan, Noor Nabila yang juga kakak kepada pengacara, Neelofa ketika dihubungi Harian Metro dan menyifatkan ia keputusan dengan hati terbuka dan akur dengan ketentuan Ilahi. 

“Saya syukur proses ini berjalan dalam keadaan saya dan Sharnaaz dalam hubungan yang baik. Jadi kita terima dengan hati terbuka dan akur ketentuan Allah SWT.

“Kami anggap apa yang berlaku jodoh tak panjang dan tak pernah fikir jodoh kami sampai di sini saja. Lagipun mana ada orang kahwin nak bercerai. 

“Kami berdua berharap boleh bekerjasama dengan baik untuk besarkan anak tunggal, Jebat Jayden.  Itu yang paling penting. Jayden tak perlu terkesan dengan apa yang terjadi antara kami. Kalau kami berdua boleh uruskan dengan baik, InshaAllah. Saya akan cuba apa terbaik untuk anak saya,” katanya eksklusif kepada Harian Metro. 

Nabila berkata, dia tidak bermusuh dengan Sharnaaz sebaliknya mereka kini saling bertukar pendapat dan berkawan.

“Kami berkawan dan banyak berborak bertukar pendapat dengannya. Kami tak bermusuh. Ketika Sharnaaz datang jumpa anak, saya akan duduk sekali dan melayan seperti kawan.

“Saya cuba jadi ibu yang terbaik dan ingin berterima kasih kepada Sharnaaz. Saya juga masih dalam proses nak belajar apa yang terbaik untuk anak saya. Maklumlah ini anak pertama, jadi banyak yang saya tak tahu,” katanya.

Menurut Nabila, Sharnaaz adalah ayah yang baik kepada anak tunggal mereka apabila setiap hari datang melawat.

” Sharnaaz seorang ayah yang bagus. Hari-hari dia datang luangkan masa dengan Jayden. Itupun sudah buat saya sangat gembira. 

“Yelah siapa lagi  nak sayang anak kita betul-betul kalau bukan kami berdua,” katanya.

Tedahulu selepas pasangan itu gagal mencari kesepakatan, mahkamah menerusi Seksyen 47 (14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak iaitu dua penimbang tara (hakam) yang mempunyai maklumat berkaitan isu rumah tangga pemohon dan defendan.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang bakal menginjak usia dua tahun Ogos ini.

Sumber: Harian Metro

What do you think?

37 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Tak Sebut Nama Suami Masa Terima Anugerah Punca Sugu Bergaduh Dengan Pavithra?

Digital Durian Lancar Dua Aplikasi ​Edutainment​ Baharu