in , ,

Pelakon Sarah Hildebrand Selamat Bergelar Isteri Kepada Otto Gillen

Sarah Hildebrand

Selamat pengantin baru dan tahniah diucapkan buat pelakon dan pengacara terkenal, Sarah Hildebrand, 29, yang telah pun sah bergelar isteri kepada pelukis kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen, 26, dengan sekali lafaz di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, jam 10.25 pagi hari ini.

Pasangan itu selamat dinikahkan Pendaftar Bahagian Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Hilmi Saadan dengan disaksikan bapa saudara pihak perempuan, Mohd Nasir dan Haizairi Hashim.

Majlis yang diadakan serba sederhana itu berlangsung di Masjid As Sobirin, Lembah Keramat, di sini dan dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga, media dan kenalan rapat.

Pada majlis itu, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin.

Bagi majlis penuh bersejarah buatnya itu, Sarah menggayakan persalinan hasil rekaan ibunya, Che Arbi Hashim. Manakala, majlis resepsi mereka belum diputuskan lagi.

Sarah

Menurut pelakon yang dikenali dalam drama Pujaan Hati Kanda itu, dia bersyukur kerana majlis pernikahannya dengan Otto berjalan lancar.

“Saya dan suami sepakat melakukan hanya yang wajib serta bersederhana. Alhamdulillah, fasa baharu untuk hidup saya dan suami sudah bermula.

“Saya percaya Otto lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami dan mampu membahagiakan saya hingga ke akhir hayat. Kami juga saling memahami kerana sama-sama berdarah kacukan,”

“Saya berdoa, semoga segala-galanya dipermudahkan. Insya-Allah,”

– Sarah Hildebrand

Pasangan itu mula berkawan rapat sejak Februari lalu selepas bertemu semula menerusi laman sosial, Facebook.

“Kebetulan, saya turut berada dalam kumpulan sekolah sama dengan abangnya. Kami bertemu kembali ketika saya melawat bapa yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat, awal tahun ini.

“Suami yang berdarah kacukan Filipina-Amerika memeluk Islam pada September lalu. Alhamdulillah, urusan jodoh kami seperti dipermudahkan,”

– Sarah Hildebrand

Terdahulu, Sarah pernah menjalin hubungan dengan pengacara, Nabil Mahir tetapi hubungan itu berakhir awal tahun ini selepas lima tahun bercinta.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Konsert Gegar Vaganza Trending di Youtube Malaysia

Che Ta Kecewa Ramai Penggiat Seni Tinggalkan Tempat Duduk di Anugerah Skrin 2019