in , ,

Pelakon Filem James Bond, Sean Connery Meninggal Dunia Di Usia 90 Tahun

Pelakon terkemuka dunia yang membintangi siri filem James Bond, Sir Sean Connery kini disahkan meninggal dunia. Menurut laporan BBC, berita pilu itu disahkan sendiri oleh ahli keluarganya namun punca kematian masih belum didedahkan.

Sekadar informasi, aktor berdarah Scottish itu sebelum ini pernah merangkul pelbagai anugerah berprestij antaranya Anugerah Oscar pada tahun 1988, dua Anugerah Bafta dan tiga Golden Globes sekali gus menjadikan beliau antara pelakon paling berjaya pernah tercatat dalam industri perfileman dunia.

Tidak ketinggalan, beliau yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-90 pada Ogos lalu juga merupakan aktor pertama yang membawa watak ejen perisik British pada tahun 1962 dan memegang nombor 007 sepanjang tujuh siri sekuel filem itu dihasilkan.

Sean Connery

Sean Connery yang dikenali dunia selepas membintangi filem James Bond memiliki banyak fakta menarik yang boleh dikongsikan.Berikut beberapa fakta tentang lelaki yang pernah digelar sebagai “lelaki paling seksi yang masih hidup” daripada majalah People.

1) Dilahirkan pada 25 Ogos 1930 di Fountainbridge, Edinburg, Scotland.

2) Ibunya Euphemia McBain hanyalah seorang tukang cuci sahaja manakala bapanya pula merupakan pekerja kilang dan pemandu lori.

3) Pekerjaan pertama Sean dalam ialah sebagai penjual susu di Edinburg, sebelum menyertai Tentera laut.4) Pernah dibuang daripada tentera laut disebabkan ulser duodenum.

5) Dia pernah menolak tawaran bekas pengurus Manchester United Matt Busby yang kagum dengan fizikal Sean untuk menjadi pemain bolasepak, namun dia menolaknya kerana menganggap kerjaya itu hanya akan bertahan sekitar umur 30 tahun.

6) Sean mula mengenali dunia lakonan ketika mencari wang tambahan untuk menampung perbelanjaan dengan menyertai sebuah produksi muzikal di Pasifik Selatan sebelum diberi kepecayaan memegang watak Leftenan Buzz Adams.

7) Sean membuat penampilan pertama dalam dunia perfileman pada 1954 dengan hanya memegang watak pelakon tambahan ‘Lilacs in the Spring’.

Sean Connery

8) Walaupun diagungkan sebagai watak yang dimainkannya dalam filem James Bond namun ramai yang tidak tahu bahawa dia pernah menyatakan rasa menyampah dengan wataknya dalam filem tersebut. Dia pernah dilaporkan berkata “Saya selalu benci James Bond tak guna itu. Saya ingin bunuh dia!”

9) Dia pernah digelar “The Greatest Living Scot” (Orang Scotland Paling Hebat yang masih hidup) dan “Scotland’s Greatest Living National Treasure” (Harta Scotland Terhebat yang masih hidup) selain diundi sebagai “Sexiest Man of the Century” (Lelaki Paling Seksi dalam Abad ini) pada usia 69 tahun.

10) Antara anugerah yang pernah dirangkul termasuklah Anugerah Academy, dua Anugerah BAFTA, tiga anugerah Golden Globes dan Anugerah Henrietta, serta dianugerahkan gelaran “Sir” oleh Ratu Elizabeth II pada Julai 2000 dan penerima Kepujian Pusat Kennedy di Amerika Syarikat.

Untuk rekod, Connery merupakan antara aktor antarabangsa yang amat disegani ramai, maka tidak hairanlah beliau dianugerahkan gelaran ‘Sir’ oleh Ratu England pada 2000.

Sumber: BBC

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nama Disalahguna Akaun Instagram Palsu, Zalif Sidek Buat Laporan Polis

19 Tahun Berlalu, Baru Tahu Gerai Senario Sebenarnya Terletak di Sini