in ,

Pelakon Bollywood Sana Khan Nekad Tinggalkan Dunia Hiburan

PELAKON popular Bollywood, Sana Khan mengambil keputusan berhijrah dan memaklumkan akan meninggalkan dunia hiburan buat selama-lamanya.

Menurut laporan Hindustan Times, Sana memberi bayangan dia tidak ingin lagi berkecimpung dalam industri hiburan dan mahu mendekatkan diri dengan agama.

Menerusi Instagram, Sana berharap keputusannya itu tepat dan berdoa supaya Allah menghapuskan dosa-dosa yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.

sana khan
Sana Khan padam foto lama di Instagram.

“Saya minta pada semuanya untuk mendoakan supaya Allah menerima taubat saya dan memberi saya kemampuan untuk meneruskan hidup.

“Sesuai dengan tekad saya untuk menghabiskan hidup mengikuti ajaran pencipta dalam melayari kehidupan sebagai manusia.

“Ingin saya menyatakan mulai hari ini dan seterusnya, saya telah memutuskan untuk mengucapkan selamat tinggal pada gaya hidup hiburan saya selamanya,”

– Sana Khan

Sana Khan memulakan karier seni sejak 2005 dan telah membintangi puluhan filem serta drama televisyen.

Beberapa tahun kebelakangan ini, namanya sering tersenarai sebagai calon dalam program anugerah terbesar di India dan Asia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Panorama Papar Perkongsian Kebun Komuniti & Lanskap Akuatik

Ahmad Fedtri Yahya Kembali Bersiaran di MHI Selepas Sebulan Cuti Sakit