in , ,

Pelakon Chadwick Boseman Meninggal Dunia Akibat Kanser Kolon

Pelakon terkenal Chadwick Boseman, 43, dilapor meninggal dunia pada Jumaat di Los Angeles akibat kanser usus.

Berita menyedihkan itu disahkan wakil kepada pelakon ‘Black Panther’ itu, Nicki Fioravante. Boseman, 43, pernah melakonkan watak ikon kulit hitam Jackie Robinson dan James Brown sebelum mencapai kegemilangan melalui watak Black Panther melalui Marvel Cinematic Universe.

Boseman sebelum ini disahkan menghidap kanser usus sejak empat tahun lalu.

chadwick boseman

Mendiang dilaporkan berada bersama isteri dan ahli keluarganya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Sementara itu, ahli keluarga Boseman mengesahkan perkara itu melalui akaun twitter rasminya @chadwickboseman.

chadwick boseman

“Chadwick telah disahkan menghidap kanser usus tahap tiga pada 2016 dan terus berusaha melawannya apabila penyakit itu mencapai tahap empat.

“Sebagai seorang pejuang sejati, Chadwick menghadapinya dengan tabah, dan membawa kepada anda filem-filem yang anda gemari.

“Dari Marshall ke Da 5 Blood, August Wilson’s Ma Rainey’s Black Bottom dan banyak lagi, semuanya dirakam ketika beliau bertarung dengan siri-siri pembedahan dan kemoterapi,”

Keluarga Boseman berkata, ia merupakan satu penghargaan dalam kariernya untuk membawa watak Raja T’Challa dalam filem Black Panther.

chadwick boseman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Justin Bieber Beli Rumah Agam Mewah Bernilai RM107.5 juta

Pelakon Nafiz Muaz Terpaksa Tunda Nikah Sebab Masalah Kewangan di Musim PKP