in

Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia

Berita mengejutkan, pelakon Ahmad Busu telah meninggal dunia selepas Maghrib jam 7.30 malam tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor. Pelakon yang terkenal dengan watak Mat Deris dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu difahamkan mengidap penyakit kencing manis yang agak teruk dan sebelum ini beberapa kali telah mengalami serangan strok. Umur Allahyarham sekitar 60-an.

Jenazah akan disembahyangkan di Surau Seri Andalas dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, pada hari Isnin, kira-kira pukul 10 pagi.

ahmad busu

Budiey difahamkan, Ahmad Busu telah menderita penyakit kencing manis sejak 13 tahun lamanya. Menurut isterinya, Seri Binti Mohamad, biarpun kurang sihat beliau tetap gagahkan diri meneruskan kariernya dalam bidang lakonan bagi menyara empat orang anaknya – bapa kepada Nur Hamizah, 24, Mohd. Afiq, 23, Muhammad Luqman, 16, dan Nur Hanis, 5,

Disebabkan penyakit yang dialaminya, sedikit sebanyak telah menjejaskan perjalanan kerjayanya sebagai pelakon dan pelawak sepenuh masa.

Kali terakhir Budiey jumpa beliau ialah semasa beliau menghadiri Anugerah Lawak Warna 2013 yang diadakan di Istana Budaya. Budiey lihat, beliau tidak tinggal solat dan kami solat sama-sama di surau Istana Budaya. Budiey sempat berbual-bual dengan allahyarham. Dia kata, lututnya sakit dan tak dapat berjalan dengan betul selepas kena strok. Semasa hadir, beliau datang dengan bantuan tongkat. Sedih pulak Budiey dengar cerita Allahyarham masa tu.

Berat badan Ahmad Busu juga telah susut teruk lebih dari daripada 10 kilogram. Kalau dulu saiz pinggang seluarnya 40 inci tetapi sekarang ia telah susut kepada 36 inci.

Allahyarham Ahmad Busu meninggal isteri  Seri Binti Mohamad dan empat orang anak.

Marilah sama-sama kita doakan agar ruh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Pi mai pi mai....eheeh...Ahmad Busu, tua doh...ade dtg Karangkraf mau dgr #TokGuru #Pimai #PRU13 #PAS #PakatanRakyat #Inikalilah #instagram #instaphoto #2013

 

Hasrat Ahmad Busu Bertemu Keluarga di Perak Tercapai

Allahyarham pelakon Ahmad Busu sempat menunaikan hasratnya untuk bertemu sanak saudara dan rakan-rakan rapatnya di Perak sebelum meninggal dunia pada Ahad. Anak kedua Allahyarham, Mohd Afiq Ahmad Busu, 28, berkata, Allahyarham meminta untuk bertemu dengan saudara terdekat mereka yang masih tinggal di negeri tersebut pada minggu lalu.

“Pemergian ayah memang tidak dijangka, dia seperti biasa sahaja dan tiada pula menunjukkan apa-apa sikap yang lain. Namun pada minggu lalu dia ada meminta kami untuk membawanya ke Perak untuk bertemu dengan keluarga dan saudara mara kami yang masih lagi berada di sana.”

Tambahnya, Allahyarham turut memberi pesanan terakhir kepadanya dan adik beradik yang lain agar sentiasa menjaga ibadah dan tidak meninggalkan solat.

Sementara itu, jelas Afiq, Allahyarham dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sejam sebelum menghembuskan nafas terakhir akibat demam.

“Ayah tidak menghidap apa-apa penyakit sebelum ini, dia hanya demam biasa pada Sabtu dan kami bawanya ke hospital semalam selepas keadaan demam yang semakin teruk dan kesukaran bernafas, Sebelum ini, pada tahun 2009 dia pernah dimasukkan ke hospital akibat diserang strok.”

Pelakon yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia selepas maghrib pada Ahad.

Jenazah akan disembahyangkan di Surau Seri Andalas dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Sireh, Pelabuhan Klang, kira-kira pukul 10 pagi ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pemenang Anugerah Shout! Awards 2013

Aeril Zafrel Jawab Gossip Nikah Dengan Ummi Nazeera