in , ,

Penyegar Minda di Waktu Pagi, Dapatkan Pek Kombo Morning @ Mesra Hanya RM5

Memang ada perangai orang kita yang tak suka bersarapan waktu pagi. Percaya ke tak, ikut kajian, satu dari empat orang Malaysia suka ‘skip breakfast’. Kalau ditanya, macam-macam alasan diberikan.

BUDIEY

Tak cukup masa la, dan ada pula yang memilih makanan tempatan yang sedap serta mahu sarapan yang murah. Fahamlah, sekarang ni zaman kemelesetan ekonomi. Semua nak kena ‘cut cost’ dan perlu berjimat cermat. Haa… mana nak cari nasi lemak yang sedap dengan harga murah sekarang ni ek? Budiey tanya je. Hehe.

Sesibuk mana pun Budiey, bangun pagi, perkara pertama, fikir menu apa nak makan pagi hari ni. Biasanya, Budiey akan ambil nasi lemak atau kuih-muih Melayu. Ramai yang ‘skip breakfast’ tu masih tak faham betapa pentingnya makan sarapan pagi. Banyak keburukan yang datang kalau kita tak makan pagi. Ada gak dengar, boleh mati tau kalau tak makan breakfast. Betul ke? Hmmm.. tak tahu pulak sampai macam tu sekali.

Selalunya, kalau ada event di waktu pagi, Budiey akan bersarapan dalam kereta. Kalau tidak ada roti ke makanan kat rumah, Budiey singgah dulu kat mana-mana kedai atau di stesen minyak untuk membeli sedikit makanan untuk dimakan semasa memandu. Kalau tak, nanti sakit perut sebab masuk angin. Bahaya pulak sebab biar perut kosong. Lagi pun kita kena tambah tenaga untuk memulakan hari. Betul tak?

Morning @ Mesra di Nu Sentral

Dah-dahlah tu mengomel panjang lebar pasal breakfast. Ni Budiey nak kasi tau sikit pasal baru-baru ini, Budiey ada dijemput untuk mengikuti Kempen Morning @ Mesra di Nu Sentral. Kempen Morning @ Mesra ni adalah satu kempen terbaru yang dilancarkan oleh PETRONAS di mana korang boleh beli pek kombo sarapan dengan hanya RM5. Wah murah kan? Haa, mana nak dapat sarapan semurah tu. Apa yang korang akan dapat dengan harga banyak tu?

Morning @ Mesra di Nu Sentral

Pada hari kejadian tu, pagi-pagi lagi Budiey bangun sebab sangat excited untuk kasi pek kombo sarapan percuma kepada orang ramai yang lalu lalang di Nu Sentral berhampiran dengan jambatan yang menghubungkan stesen monorail dan Nu Sentral. Budiey rasa sangat seronok sebab event santai macam ni dapat sambutan. Yelah, siapa tak nak barang percuma kan?

Morning @ Mesra di Nu Sentral

Budiey juga rasa happy sebab dapat lihat wajah-wajah ceria yang sanggup beratur untuk dapatkan pek kombo ni. Setidak-tidaknya, kempen ni mengajar semua betapa pentingnya mengambil sarapan setiap pagi. Walau sesibuk mana pun kita, wajib mengambil sarapan. Kalau ikut kata doktor, sarapan ni penting sebab dia menjana tenaga untuk keseluruhan hari kita dari pagi sampai malam.

Morning @ Mesra di Nu Sentral

Sesampai di sana, Budiey diberi peluang untuk mengikuti proses pemberian pek sarapan ni. Budiey juga diberi peluang untuk menghulurkan dan mengagihkan pek kombo sarapan ni kepada yang lalu lalang. Hampir 500 pek kombo percuma berjaya diagihkan kepada orang ramai pada pagi tersebut. Memang rasa lega sebab rasa macam banyak je jumpa pek kombo tu tapi berjaya diagihkan dalam masa 2 jam sahaja. Si penerima pulak happy semacam, jadi kitorang pun turut rasa happy.

Masa Budiey buat IG story di Instagram di tempat kejadian, penyanyi terkenal Dato’ Siti Nurhaliza pun teruja dan excited nak dapatkan pek kombo ni. Ada bukti dia hantar mesej DM nak tahu kat mana boleh beli. Haha. Kelakar pun ada. Terharu pun ada sebab penyanyi terkenal mesej Budiey.

Nak tahu apa yang ada dalam pek kombo ni kan? Okay, Budiey dah buat unboxing. Dalam tu ada satu makanan utama biasanya, sebungkus nasi lemak, tapi ada sesetengah stesen pulak akan kasi kuih muih tempatan dan yang paling penting… satu tin Nescafe. Ikut pada lokasi jugaklah, kalau di Terengganu, korang boleh dapat sebungkus nasi dagang. Haa, Budiey boleh katakan satu pek yang lengkap. Harga pun murah dan yang penting kita boleh makan dalam kereta atau dalam perjalanan ke tempat kerja.

Morning @ Mesra di Nu Sentral

Jadi, kalau nak dapatkan pek kombo sarapan ni, kenalah datang singgah di stesen PETRONAS terpilih dan masuk ke Kedai Mesra untuk mendapatkannya. Untuk info, Morning @ Mesra ditawarkan di 487 buah stesen PETRONAS di seluruh Malaysia bermula 15 Mac dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Jadi, sambil isi minyak tu setiap pagi ke tempat kerja, apa kata usha la kot kot manalah tahu ada pek kombo sarapan ni di Kedai Mesra. Bagi Budiey RM5 tak mahal.

Untuk info lanjut, layari: www.mymesra.com.my

Morning @ Mesra di Nu Sentral

Morning @ Mesra di Nu Sentral

Morning @ Mesra di Nu Sentral

Morning @ Mesra di Nu Sentral

Morning @ Mesra di Nu Sentral

Morning @ Mesra di Nu Sentral

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey – THE OSIRIS CHILD: SCIENCE FICTION VOLUME ONE

Celcom’s Digital Initiative Fosters Festive Cheer at Charitable Homes