in ,

Pegang Watak Warak dalam PENUNGGANG AGAMA, Azira Shafinaz Belajar Hukum Bacaan Al-Quran

Bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi, ahli kumpulan De Fam iaitu Azira Shafinaz juga sinonim dalam lakonan apabila telah membintangi beberapa drama tempatan.

Terbaru, pelakon berusia 29 tahun itu bakal muncul dalam telefilem berjudul Penunggang Agama dengan memegang watak sebagai wanita yang kuat pegangan agama.

Menurut laporan Gempak, dia berkata dalam telefilem itu terdapat babak membaca dan mengajar kanak-kanak membaca al-Quran.

Azira Shafinaz

Belajar Mengaji Dengan Baik

Justeru bagi menghayati karakter yang diberi, Azira sentiasa melakukan persiapan diri dengan ilmu agama terutama memperbaiki bacaan al-Quran.

“Bagi saya, watak dalam telefilem ini sangat mencabar kerana saya perlu betul-betul belajar mengenai karakter seorang wanita yang kuat agama…”

“Terdapat babak di mana saya perlu mengajar budak-budak membaca al-Quran, jadi, saya perlu tahu membaca al-Quran dengan bacaan yang betul.

Ia memang mencabar, apa yang pasti, jalan ceritanya sangat menarik, jelas dan mudah difahami…”

– Azira Shafinaz

Kena Hafal Surah

Tambah Azira, watak tersebut juga memerlukan dia untuk menghafal beberapa surah al-Quran. Bagi memastikan bacaannya tepat, dia banyak bertanya kepada yang mahir berkenaan hukum tajwid.

“Saya diberi beberapa surah untuk dihafal sendiri, dalam proses menghafal itu, saya banyak bertanya kepada yang mahir membaca al-Quran kerana saya bukanlah hebat mengetahui hukum-hukum tajwid dan sebagainya….”

“Di set penggambaran kami memang ada yang tahu hukum bacaan al-Quran, jadi saya banyak merujuk kepadanya…”

– Azira Shafinaz

Turut membintangi telefilem itu adalah barisan pelakon hebat Zul Ariffin, Nasir Bilal Khan dan Johan Asari, ia dijangka akan menemui peminat menerusi Astro First pada tahun hadapan.

Sumber: Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sebak Baca Kisah Amran, Ebit Lew Beli Motosikal Baharu

Chef Wan Terima Pujian Netizen, Siap Tempah Baju Harian Ibunya Daripada Calvin Thoo