in ,

Payslip Jemput Semua Tonton Video SYURGA SANG PENCINTA di Youtube

Kumpulan Payslip membariskan remaja lingkungan umur belasan tahun yang dianggotai oleh Mohd Asrul Hakimi (Akeem) sebagai vokalis, Mohd Asrul Najmi (Jimmy) sebagai pemain bass, Nik Mohd Arif (Arif) sebagai pemain gitar, dan Syazwan (Wan) sebagai pemain drum.

Pada tanggal 27 Oktober 2014 yang lalu, buat pertama kalinya Payslip telah melancarkan album mereka yang bertajuk “Payslip” secara eksklusif di Spotify. Album yang diberi nama “Payslip” ini mempunyai 5 buah lagu iaitu, Super Hero, Syurga Sang Pencinta, Mengambil Alih, Gergasi Hijau, dan juga Biasa Saja.

Payslip Album Cover

Kehadiran Payslip di dalam industri muzik tempatan bukanlah sesuatu yang baru, kumpulan yang ditubuhkan pada Mac 2012 mula mendapat perhatian apabila mereka menyertai satu rancangan televisyen tempatan bernama ‘Jamming’. Kejayaan mereka tidak terhenti begitu sahaja, keinginan dan semangat mereka untuk bermain muzik amat tinggi sehingga melahirkan album pertama yang bertajuk “Payslip”.

Warga nusantara pasti akan tergamam dan tertarik dengan lagu–lagu dan persembahan mereka yang bertaraf professional. Walaupun usia mereka masih muda, kemahiran mereka dalam bidang muzik tidak dapat disangkal sama sekali. Ini kerana kehebatan mereka bermula pada usia yang muda iaitu seawal 10 tahun.

Khas buat pencinta muzik tanah air yang tentunya mendambakan kelainan, terimalah sebuah kumpulan anak-anak muda yang pasti akan menyinari dunia seni tanah air.

Kepada peminat-peminat Payslip, jangan ketinggalan untuk menyaksikan muzik video ‘Syurga Sang Pencinta’ yang kini sudah pun berada di YouTube Warner Music Malaysia.

‘SYURGA SANG PENCINTA’ OLEH PAYSLIP KINI DI YOUTUBE

payslip-10

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Akustik Religi Terhebat OPICK di Malaysia

Bii My Love Live in Malaysia Rehearsal