in

Ummi Nazeera Dipenjara Kerana Membunuh Dalam Drama PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Perbuatan khianat menghkianati ini kelihatan seperti perkara biasa pada zaman ini. Rakan pernah dikhianati rakan, keluarga pernah dikhianati keluarga, pekerja pernah dikhianati majikan dan sebagainya. Kisah yang ingin dikongsi ini mengisahkan Izzue Islam mengkhianati Ummi Nazeera dan membiarkannya menggalas beban tuduhan pernah melanggar lari seorang wanita saban hari.

Drama PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Ummi Nazeera Dipenjara Kerana Membunuh Dalam Drama PATAHNYA SEBELAH SAYAP

[dropcap]A[/dropcap]tas alasan menjaga reputasi kariernya, Izzue Islam telah membiarkan Ummi Nazeera direman pihak berkuasa dan disabit kesalahan lantas dijatuhkan hukuman penjara sedangkan Izzue Islam turut berada di tempat kejadian. Mengapa Izzue Islam sanggup berbuat sedemikian? Nantikan cerita penuh ini dalam drama bersiri Patahnya Sebelah Sayap.

Drama Patahnya Sebelah Sayap ini adalah sebuah drama bersiri 15 episod, terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd di bawah arahan saudara Ayie Mustafa. Drama ini turut dibintangi oleh pelakon-pelakon popular seperti Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue Islam, dan Wawa Zainal.

Menurut Pengarah Drama Patahnya Sebelah Sayap, Saudara Ayie Mustafa, “Drama ini adalah sebuah drama istimewa bagi saya kerana ia dihasilkan daripada gandingan pelakon yang mantap, skrip yang baik, dan plot cerita yang menarik. Tambahan pula penghayatan watak oleh para pelakon serta kerjasama kru produksi telah berjaya melahirkan Patahnya Sebelah Sayap tanpa sebarang komplikasi atau kesulitan. Segalanya telah berjalan lancer dan penggambaran drama ini juga berjaya dihabiskan dalam tempoh yang diberi. Oleh itu, sebagai pengarah drama Patahnya Sebelah Sayap ini, saya yakin bahawa drama ini akan menjadi tontonan ramai dan saya juga terbuka untuk sebarang komen demi menambah baik kualiti drama tempatan.”




[pullquote align=”right”]Jangan lupa untuk menonton Drama Patahnya Sebelah Sayap setiap Isnin hingga Rabu bermula 20 September 2016 pada jam 10 malam dalam Slot Samarinda.[/pullquote]

Drama Patahnya Sebelah Sayap ini mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka.

Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya.

Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu? Saksikan Drama Patahnya Sebelah Sayap setiap Isnin hingga Rabu bermula 20 September 2016 pada jam 10 malam dalam Slot Samarinda.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Drama PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Drama PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Drama PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Drama PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Drama PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Drama PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari Khas HARIMAU MALAYA 1980 Rai Wira Bolasepak Malaysia

Senarai Program Istimewa Aidil Adha di TV3 & TV9