in

Pak Cik Jamal Mini Parlimen Meninggal Dunia

Selepas berita kematian seniman terkenal, Aziz Sattar, seorang lagi insan seni meninggalkan kita pada pagi tadi. Personaliti televisyen veteran, Jamal Muhamad, yang lebih dikenali sebagai Pak Cik Jamal meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada jam 11 pagi tadi Rabu, 7 Mei 2014

Jamal, 75, meninggalkan seorang isteri Zainab Serat, 67, dan tiga orang anak.

Anak perempuannya Sheila berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di wad unit rawatan rapi (ICU) kira-kira 11 pagi setelah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Selasa, selepas mengadu sesak nafas.

Bekas speaker Mini Parlimen, Abdul Jamal Muhammed atau lebih dikenali dengan Pak Cik Jamal bersama isteri Salamiah Serat pada 23 Februari yang lalu.

Pak Cik Jamal sebelum ini dilaporkan beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami komplikasi jantung dan paru-paru serta sakit tulang belakang.

Allahyarham ialah personaliti televisyen popular dengan watak Speaker menerusi program Mini Parlimen terbitan RTM pada era 80-an.

Shiela berkata jenazah bapanya akan dibawa ke Masjid Jameatussolehah di pekan Dengkil untuk urusan pengebumian.

Jamal turut mengalami masalah pernafasan yang didakwa berpunca daripada penyakit ankylosing spondylitis yang dihidapi kira-kira 14 tahun lalu yang menyebabkan tulang belakangnya membengkok hingga mengganggu paru-paru.

Pada awal Januari lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah meluangkan masa melawat Jamal atau juga dikenali sebagai ‘Jamal Kerdil’ di rumahnya di Kampung Selangor Dredging yang ketika itu sedang uzur akibat penyakit dihidapinya.

Pada pertemuan itu, Ahmad Shabery berkata sumbangan Jamal yang dianggap beliau sebagai legenda dalam dunia penyiaran Malaysia amat bernilai kepada negara kerana rancangan ‘Mini Parlimen’ begitu mempengaruhi pemikiran kanak-kanak pada ketika itu.

Satu lagi program yang menjadikan Jamal sebagai ikon kepada kanak-kanak ialah ‘Taman Kanak-kanak’ yang bermula siaran pada 1961 dan beliau turut menerbitkan rancangan ‘Pesta Pop’ dan ‘Pentas Aneka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Amazing Spider-Man 2 Kutip 1.2Bilion Untuk Empat Hari Tayangan

Cakra Khan Lancar Album Setelah Kau Tiada