in ,

Padam Video di Instagram, Ain Edruce Jelaskan Birthday Prank Aksi ‘Benam’ Muka Anak Buah

Pelakon dan pengacara Ain Edruce mengambil keputusan untuk memadam video ‘membenamkan’ muka anak buahnya, Ari ke dalam kek hari jadi.

Sebelum ini, pelakon dan pengacara Ain Edruce ada memuat naik video birthday prank menunjukkan dia cuba benam wajah anak saudaranya yang digelar Ari ke dalam kek.

Video tersebut dimuat naik Ain dengan tujuan untuk menunjukkan aksi prank ketika majlis tersebut, namun lain pula jadinya apabila warganet mula mengecam tindakan tersebut.

Rata-rata mereka menganggap tindakan tersebut boleh menyebabkan si kecil menjadi trauma kerana gurauan sedemikian tidak bersesuain dengan Ari yang baru berusia empat tahun.

Ada juga yang berpendapat Ain tidak sensitif terhadap keselamatan Ari yang kemungkinan boleh tercucuk benda asing  yang terdapat dalam kek itu.

Namun aksi tersebut telah mendapat reaksi kurang senang netizen.

Ain-Edruce-1

Tidak lama kemudian Ain telah memadamkan video tersebut lantas pada 15 November 2020, dia memuat naik satu hantaran menjelaskan secara ringkas perkara sebenar.

Dalam pada itu, Ain juga telah menutup ruangan komen untuk perkongsian tersebut.

Ain Edruce ni memang suka bergurau kan, takpe Ari pun okay je tu.

Tetapi bagus juga tindakan Ain ini yang tampil memberi penjelasan setelah netizen menyatakan reaksi kurang senang.

Sumber: Instagram Ain Edruce

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mael Totey The Movie Raih Kutipan Paling Tinggi Astro First, Pecah Rekod POLIS EVO

Ebit Lew Bermurah Hati Sumbang 700kg Makanan Ke Zoo Negara