in ,

Ogy Ahmad Daud Ajar Ayda Jebat Cara Berlakon Untuk PINJAMKAN HATIKU

Lakonan yang berkesan dari segi emosi yang tepat sangat penting untuk memastikan watak itu disampaikan dengan baik. Itu yang ditekankan oleh pelakon veteren yang berkaliber, Ogy Ahmad Daud yang mendidik pelakon Ayda Jebat untuk filem PINJAMKAN HATIKU. Banyak sangat babak yang sedih pilu sayu dalam filem ini.

Tahniah Budiey ucapkan buat Ayda Jebat kerana telah menerima banyak sekali komen-komen positif semasa Malam Gala filem PINJAMKAN HATIKU yang berlangsung di GSC Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Semasa sidang media sejurus selepas tayangan, pelakon Ogy Ahmad telah dipanggil ke depan untuk menceritakan tentang bagaimana beliau mendidik dan tunjuk ajar Ayda Jebat bagi memastikan lakonan beliau benar-benar hidup.

Menurut Ogy Ahmad Daud, sebelum menerima cabaran sebagai tenaga pengajar atau coach, beliau mengenali dulu siapa sebenarnya Ayda Jebat. Beliau bertemu dan sesi bacaan skrip bersama Ayda dan Shaheizy Sam. Beliau berkata, hodoh cara bacaan Ayda semasa sesi pertama kerana Ayda tidak faham apa yang dibaca. Itu permulaannya. Selepas itu, barulah tips dan tunjuk ajar diberikan. Ayda Jebat memang menunjukkan semangat untuk belajar berlakon.

Seronok betul dengar cerita Kak Ogy semasa menjadi tenaga pengajar dan menurut Kak Ogy, beliau mengajar dari segi bahasa tubuh sehinggalah aspek-aspek yang terlalu perinci dan sekecil-kecil perkara seperti bahasa badan, gerak tubuh, pelafazan dialog dan juga pemakaian.

Untuk Shaheizy Sam pula, Kak Ogy berkata, untuk menjadikan babak kematian menjadi lebih real, cahaya mata diambil dan Ogy suruh Sam memakai contact lens kerana menurut beliau, semasa mati, cahaya mata itu diambil.

Budiey dah pun menonton filem ini dan apa yang boleh Budiey katakan, filem ini memang berjaya membuatkan penonton menangis dan merasai setiap watak dalam filem ini. Apa yang menarik adalah visual dan juga sinematografi juga memang mantap. Syabas buat pengarah Osman Ali di atas penghasilan filem ini.

Korang boleh tonton filem ini di pawagam mulai 30 November 2017.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wak Doyok Dikecam Teruk Gara-Gara Gambar Kekasih Cium Pipi

Spekulasi Pernikahan Fattah Amin & Fazura Bakal Terjawab dalam Masa 2 Jam Lagi