in , ,

Kisah Sedih Sebalik Lagu NYAWA Nyanyian Nadeera Zaini

Setelah menyepi beberapa tahun yang lalu, kini Nadeera kembali pertaruhkan single terbaru, Nyawa.

Pernah muncul dalam beberapa program realiti hiburan, Farah Nadeera binti Zaini atau lebih mesra disapa Nadeera, akui bahawa minat dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi. Menurutnya, bapa beliau menjadi pendorong utama untuk menceburi dalam industri setelah menyedari bakat yang dimilikinya. 

NYAWA BY NADEERA
Nadeera

Nyawa, lagu hasil ciptaan Acap Salim (Media Asia Production Sdn Bhd) dan lirik daripada Acap Salim & Lewis Rahimi (Media Asia Production Sdn Bhd) ini mengisahkan tentang kisah rumah tangga yang tidak bertahan lama apabila seorang isteri yang tidak setia dalam perhubungan sehingga menyebabkan penceraian. 

“Secara peribadi lagu ini amat bermakna buat saya di mana ia adalah taruhan terbaru saya dalam industri.

Lagu ini juga amat dekat dengan diri saya apabila melihat pengalaman sekeliling yang mana kebanyakan apa yang berlaku seseorang itu sukar menghargai pasangannya melainkan setelah pasangan tersebut meninggalkan kita,”

– Nadeera

Bercerita mengenai single terbaru Nadeera, beliau berharap lagu ini diterima baik pendengar dan menyokong permulaan beliau untuk mengembangkan bakat di persada seni.

Muzik video rasmi Nyawa, edaran Media Asia Production Sdn Bhd (Map Music) ini boleh ditonton bermula 21 Febuari di saluran Youtube dan juga boleh didapati di semua platform digital muzik seperti Joox, Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, dan juga Apple Music. 

Kenali Nadeera :

  1. Merupakan bekas peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa dan berjaya ke peringkat semi final. 
  2. Berjaya melayakkan diri ke semi final dalam Mentor Legend pada tahun 2014, anak didik Zainal Abidin.
  3. Juara dalam pertandingan Keroncong di peringkat Johor.
  4. Juara Bintang Idola di peringkat Johor. 

Follow Nadeera : 

Instagram : nadeerazaini

Facebook  : Nadeera Zaini

Youtube : Nadeera Zaini 

Tik Tok : nadeerazaini

Artist Booking:

Emryll : +6017-240 0183 / +6018-387 8075  

Email : [email protected]

Address : Media Asia Production Sdn Bhd (MAP MUSIC)

No.20-3, Jalan Metro Pudu 2,

Fraser Business Park,

55100 Kuala Lumpur,Malaysia 

Website     : www.mapmusic.my

NYAWA BY NADEERA
Nadeera
NYAWA BY NADEERA
Nadeera
Nadeera

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Lancar iPad Pro 2020 & Magic Keyboard dengan Pad Sesentuh Terbina

Pulang dari Australia, Liyana Jasmay & Intan Ladyana Kuarantin di Rumah