in , , ,

Nyalaan Hati Chaleeda Gilbert Dalam ‘CIGARETTES’

Hampir Setahun Menyepi, Finalis Big Stage 2019 Kembali Dengan Single Pop Terbaharu Yang Lebih Matang

Chaleeda Gilbert kini kembali! Penyanyi serta pelakon muda yang baru menjangkau usia 20 tahun, gadis kacukan Inggeris-Thai, yang terkenal dengan watak ‘Arisa’ dalam drama bersiri Netflix Thailand pertama, ‘Kweng – The Stranded’ ini akhirnya muncul dengan single terbaharu yang ditunggu-tunggu berjudul ‘Cigarettes’.

Hampir setahun menyepi tanpa single terbaharu, Chaleeda kini kembali dengan lagu bergenre Pop/R&B, ‘Cigarettes’ adalah sebuah karya yang diinspirasikan daripada kisah cinta beliau sendiri, namun peliknya ia diibaratkan sebagai ketagihan terhadap sebatang rokok walaupun dirinya bukanlah seorang perokok.

Chaleeda Gilbert

Selain itu, Chaleeda juga turut menampilkan pelakon dan blogger kecantikan terkenal Thailand, ‘Ticha Wongtipkanon’ atau nama komersilnya ‘Thelittleteapot’ di dalam video muzik (MV) ‘Cigarettes’, dan MV tersebut boleh ditonton di saluran YouTube Chaleeda, serta boleh didengari di platform muzik atas talian seperti YouTube Music, Spotify, Apple Music, JOOX dan Tidal.

Chaleeda memulakan kerjaya nyanyian pada usia muda dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian, bakatnya dicungkil oleh syarikat rakaman pada usia 11 tahun dimana beliau merupakan ahli kumpulan remaja popular Thailand iaitu ‘Tweenie 90s’, tetapi nyanyian lagu-lagu cover beliau di YouTube yang melonjakkan lagi namanya dan terus menjadi viral.

Chaleeda Gilbert

Pada 2017, label rakaman terkemuka Malaysia, Rocketfuel Entertainment, telah mengambil Chaleeda sebagai artis antarabangsa pertama syarikat tersebut, dan bermula dari situ, single pertama beliau dibawah naungan Rocketfuel Entertainment berjudul ‘Ready For Love’, kolaborasi bersama rapper terkenal Thailand, ‘Tong Twopee’ atau ‘Tong Pitawat’ berjaya memperoleh 4 juta tontonan di YouTube, kemudian single seperti ‘Mind Over Matter’, ‘Pretty Boy’, ‘Ploi’ dan ‘Chun Mai Tong Karn Tur’ feat. Fiixd pula dihasilkan.

Sebagai pelakon, Chaleeda pernah memegang watak ‘Taew’, rakan kepada Bell atau ‘Lilly The Face’ dalam filem seram ‘The Promise’ yang telah ditayangkan pada September tahun 2017, dan beliau juga terkenal dengan watak ‘Arisa’, seorang pelajar pintar dan berinovasi dalam drama bersiri ‘Kweng – The Stranded’, siri Netflix Thailand pertama yang ditayangkan di platform gergasi tersebut pada 2019, selain itu Chaleeda juga merupakan wajah yang sering dilihat di kaca televisyen Thailand membintangi pelbagai drama bersiri dan iklan.

Ikuti ‘Chaleeda Gilbert’ di Media Sosial:

Instagram: @chaleedaxgilbert          

Facebook Page: Chaleeda Gilbert     

YouTube: Chaleeda

LIRIK LAGU Cigarettes

I’m driving out watching city lights 

Took out my phone texting you goodbye

Cause I’m a lil crazy like that

Baby that’s why you want me like that

I’m gonna be like your cigarettes 

You’re gonna want me until you can’t 

You tried to hate me baby no one else can

Before you leave baby one last…

Cigarettes you want me

Baby come and take my love and ruin it

Breath me in you can’t quit

Baby come and make mistakes you want this

Imma make you feel like 

Oh oh… 

imma make you feel like 

Oh oh.. 

Imma be your cigarette 

I know that we were young

But I wished we knew better

It hurts enough for me knowing you’d go bitter

The cigarette in my hand couldn’t keep up with what you triggered 

I wanna hurt you back 

Just like how you made me suffer

Ooohh if this is how you love me go get down on your knees… yeah 

Lemme see how bad you want it 

I’m gonna be like your cigarettes 

You’re gonna want me until you can’t 

You tried to hate me baby no one else can

Before you leave baby one last…

Cigarettes you want me

Baby come and take my love and ruin it

Breath me in you can’t quit

Baby come and make mistakes you want this

Light me up, light me up

Hold me tight, keep me close

Know the vibe you and I

The night’s over but you don’t wanna let me go

Light me up, light me up

Hold me tight, keep me close

Know the vibe you and I

We won’t let go

Cigarettes you want me

Baby come and take my love and ruin it

Breath me in you can’t quite

Baby come and make mistakes you want this

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jarang Berkongsi Foto di Media Sosial, Che Ta Nafi Kononnya Di Ambang Perceraian

Cetusan Sanubari Ara Johari Dalam ‘TETAP AKU CINTA’