in

Fazura Kecam Peminat Kerana Salah Faham KimK di Laman Instagram

Tak pasal-pasal perkataan KimK telah trending di media sosial semalam gara-gara tindakan Nur Fazura yang mengkritik komen peminatnya menerusi laman Instagram hanya disebabkan tersalah sangka.

Agaknya, mesti Kim Kardashian akan rasa pelik tetiba ramai yang duk tag dia kat Instagram dan laman sosial semalam dan hari ini.

Pelakon filem Gol & Gincu itu mengecam seorang peminat yang meninggalkan komen di Instagramnya nampaknya telah mengundang kritikan pengguna media sosial hingga menjadi topik perbualan utama di laman sosial Twitter.

Untitled

Bagaimanapun, khalayak di laman sosial menyatakan bahawa apa yang dimaksudkan oleh wanita berkenaan adalah Kim Kardashian dan bukannya ki*ak. Selain itu, ramai juga yang pelik dengan keengganan Fazura memohon maaf di atas kesilapannya itu.

Difahamkan, seorang peminat telah meninggalkan komen di bawah sekeping gambar Fazura bersama rakannya yang dimuat naik oleh pelakon itu di Instagram.

Komen yang ditinggalkan oleh peminat itu terpapar ayat “Mcm kimK yang depan itu”, namun perkataan “kimK” itu telah disalah erti oleh Fazura sebagai bahasa kesat (kim*ak).

Hanya kerana tersalah sangka, pelakon yang berusia 32 tahun itu telah memuat naik semula gambar komen peminatnya itu sambil mengutuk tindakan wanita tersebut dengan hashtag #SayaBenciHipokrit.

Bagaimanapun gambar tersebut telah dipadam oleh Fazura bagi mengelakkan perbalahan yang lebih teruk dan membuang masa. Dia kemudiannya memuatnaik gambar terbaru dengan merujuk kembali terhadap apa yang terjadi.

Gara-Gara Salah Faham ‘kimK’ Fazura Nasihat Elak Guna Bahasa Slanga

Menurut Fazura, selama ini dia sudah cukup bersabar dengan tohmahan orang ramai dan dalam masa yang sama dia sebagai manusia tidak dapat lari daripada perasaan marah. Bagaimanapun, Fazura menasihati peminatnya agar menggunakan perkataan yang membuatkan orang ramai kurang senang.

Ramai yang berpendapat, Fazura sepatutnya tampil memohon maaf atas kesilapannya. Pasti ini satu keputusan yang wajar dan dapat menjernihkan keadaan.

Apa pendapat anda tentang soal ini?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater ONN JAAFAR SEBUAH MUZIKAL di UiTM Shah Alam

Apa Yang Best Beli Rumah EUSARCA D’MAYANG SARI NILAI