in , ,

Nur Risteena Munim & Isa Khan Rancang Nikah November atau Disember 2020

Kemuncak bagi pasangan yang bercinta pastinya apabila mendirikan rumah tangga. Harapan disatukan dalam ikatan perkahwinan menjadi detik yang ditunggu penuh debaran. Begitu juga pasangan romantis, Isa Khan dan tunangnya, Nur Risteena Munim.

Pasangan pelakon, Isa Khan dan Risteena merancang melangsungkan perkahwinan pada penghujung tahun ini. Bagaimanapun, ia bergantung kepada situasi semasa sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berterusan. Khabarnya, pasangan ini sudah menghadiri kursus perkahwinan.

“Kami merancang mengadakan majlis pernikahan sekitar November atau Disember ini. Rancangan ini sudah ditetapkan ketika majlis pertunangan lagi. Kami rancang bertunang hanya setahun, tak mahu tunang lama-lama.

“Bagaimanapun, disebabkan PKPP masih berterusan dan tidak diketahui berlanjutan hingga bila, jadi kami masih belum menetapkan tarikh yang sesuai,”

– Isa Khan
Nur Risteena Bidas Netizen, Bengang Kisah 30 Minit Tak Balas Mesej Dikecam

Isa atau nama sebenarnya, Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan berkata, dia terlintas mahu melangsungkan majlis pernikahan terlebih dahulu, kemudiannya barulah majlis resepsi diadakan pada tarikh bersesuaian.

“Jika mengadakan majlis ketika PKPP, pastinya kita perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana kerajaan masih tidak membenarkan majlis kenduri kahwin yang membabitkan orang ramai berkumpul.

“Besar harapan saya dapat mengadakan majlis pernikahan dan persandingan serentak. Bagaimanapun, disebabkan COVID-19 belum berakhir, terfikir juga mahu bernikah dahulu dan majlis persandingan diadakan tahun hadapan.

“Bagaimanapun, semuanya masih belum ditetapkan lagi. Kami kena berbincang dengan keluarga dan melihat situasi semasa,”

– Isa Khan

Bekas peserta Akademi Fantasia (AF) 2016 itu berkata, dia tidak tertekan apabila perancangan asal tidak dapat direalisasikan dengan baik.

Katanya, bukan dirinya sahaja yang berdepan dengan nasib sedemikian, malah rakyat seluruh dunia mengalami masalah sama ekoran pandemik COVID-19.

“Perkara ini bukan satu masalah besar buat kami. Nak tertekan sangat pun buat apa kerana ramai lagi yang terjejas dan keadaan mereka lebih teruk.

“Alhamdulillah, keluarga memahami kami tidak boleh membuat persiapan secara menyeluruh ekoran PKPP,”

– Isa Khan

Isa mengikat tali pertunangan dengan Nur Risteena pada 23 November tahun lalu selepas lima bulan berkenalan.

Mereka mengadakan majlis pertunangan di Bali, Indonesia dengan dihadiri ahli keluarga. Dalam perkembangan lain, Isa dan Risteena sibuk membangunkan produk minum kesihatan yang diusahakan bersama.

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bapa Azharina Azhar Minta Pusat Beli Belah Tutup 1 Jam Khas Untuk Dia Shopping

Filem GREYHOUND Lakonan Tom Hanks Bakal Ditayangkan di Apple TV+