in , ,

Nur Fathia & Aiman Hakim Ridza Berlakon Teater BIDASARI

Selain masih sibuk menjalani pengambaran drama bersiri Ariana Rose di kota London, pelakon Nur Fathia bakal bergandingan buat pertama kalinya dengan teman rapatnya, Aiman Hakim Ridza dalam sebuah teater berjudul Bidasari.

Teater Bidasari yang akan dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 10 hingga 17 Februari 2014 ini turut dilakonkan oleh Raja Azura, Dato’ Jalaluddin Hassan, Radhi Khalid dan ramai lagi.

Tiket-tiket yang berharga antara RM30 hingga RM250 boleh dibeli di mana-mana outlet AirAsia RedTix dan di kaunter Istana Budaya. Layari http://redtix.airasia.com/Events/Bidasari atau hubungi 03-87754666

“Wahai cermin pusaka cermin hikmat, tunjukkan beta satu alamat…mana perempuan yang paling cantik jelita?”

Menurut Nur Fathia, beliau tidak teragak-agak untuk terus menerima tawaran berlakon teater oleh Istana Budaya kerana mahu mencuba sesuatu yang baru dan mahu menyahut cabaran ini. Menurutnya, lakonan teater sangat mencabar dan sifat mahu mencuba agak mendalam. Berlakon teater sangat berlainan dengan berlakon drama. Lagi pun skrip dan juga tenaga kerja juga menjadikan Nur Fathia begitu teruja untuk berlakon teater Bidasari.

Nur Fathia juga berharap agar peminatnya datang beramai-ramai untuk menyaksikan teater ini.

teater-bidasari

Sinopsis Teater Bidasari

[dropcap]B[/dropcap]idasari merupakan anak angkat kepada Saudagar Amir Abdullah. Saudagar Amir Abdullah telah berjumpa dengan Bidasari semasa beliau masih kecil didalam sebuah jalur (sampan). Saudagar sedar bahawa Bidasari sebenar nya berkembar dengan saekor ikan.

Jika ikan tersebut tidak berjumpa air, maka Bidasari tidak akan bernyawa lagi. Sementara di Negeri Zamin Ambar, tempat tinggal Saudagar, Sultan nya beristeri baru bernama Permaisuri Laila Sari dan cantik pula. Dan Sultan mempunyai seorang anak yang sudah dewasa bernama Tengku Indra. Permaisuri Laila Sari mempunyai sifat cemburu yang amat kuat, beliau tidak suka jika ada sesiapa perempuan yang lebih cantik dari nya. Satu hari seorang pelukis memberi tahu Permaisuri bahawa terdapat seorang gadis yang sungguh cantik jelita serta kaya dengan budi bahasa.

Permaisuri mempunyai “cermin sakti”. Dari situ Permaisuri mengetahui bahawa benar ada seorang yang cantik dari nya. Permaisuri bagitu marah dan berusaha untuk mengetahui siapa gerangan perempuan tersebut. Dan akhirnya Permaisuri tahu, perempuan tersebut bernama “Bidasari”.

Satu hari Permaisuri menjemput Bidasari keistana, untuk membuat persembahan di Istana. Ketika inilah Tengku Indra terpandang akan kecantikkan Bidasari, sementara Permaisuri meminta izin pada saudagar agar Bidasari tinggal di Istana bersamanya. Maka disini lah bermula. Bila mana sebenarnya Permaisuri amat membenci Bidasari. Pelbagai cara digunakan dengan menyiksa agar Bidasari tidak cantik lagi.

Tapi siapa sebenarnya Bidasari ini, disebalik rantai yang dipakai semasa bayi yang masih disimpan oleh saudagar. Apa terjadi pada Tengku Indra yang telah jatuh hati kali pertama terhadap Bidasari.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Asfan Shah Kini Ada Kelab Peminat ASFANATICS

Gambar Ziana Zain di Sidang Media Konsert Suara Kita