in

Ntv7 Bakal Siar The Descendant

The Descendant merupakan sebuah siri epik lakonan mantap teraju utamanya – Yeo Yann Yan (Pelakon Wanita Terbaik, Golden Awards) dan Debbie Goh (Pelakon Wanita Paling Popular, Golden Awards). Turut menjayakan drama ini adalah pelakon hebat – Steve Yap, Frederick Lee, dan Leslie Chai.

Berlainan daripada drama keluarga yang mengalami konflik kekeluargaan, The Descendant disuntik dengan elemen baru dan berbeza. Berlatarkan tahun 1920-an hingga 1960-an, siri ini mengisahkan tiga generasi pembuat colok. Berkisar mengenai industri pembuat colok, drama menarik ini akan mengetengahkan elemen kepercayaan karut, takdir, unsur feng-shui mahupun diskriminasi jantina yang sering dikaitkan dengan masyarakat Cina.

Judulnya dalam bahasa Cina yang disebut sebagai “Xiang Huo” membawa erti “nyalaan colok” turut memberi konotasi kepada erti “keturunan” atau “pewaris” yang secara langsung menggambarkan drama ini dan kaitannya dengan pemikiran konservatif masyarakat Cina dalam soal darah keturunan dan warisan. The Descendant akan bersiaran di Saluran Ceria Anda bermula 7 Februari 2012, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

The Descendant Poster.jpg

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pilih Kasih Musim Ketiga Adalah Yang Terakhir

Budiey Mencari 10 Pembaca ke Tayangan Eksklusif Filem CHANTEK