in , ,

Noorkhiriah Umum Drama NUR Ditayangkan Semula, Peminat Teruja Walaupun…

Ini berita baik buat sekalian pengikut drama yang menjadi fenomena satu ketika dulu. Masih ingat lagi babak lucu ‘sup bunjut’ dan kebencian penonton kepada watak Ustaz Mahadi?

Drama Nur arahan Shahrulezad Mohameddin ini pernah menjadi satu fenomena. Jalan cerita berunsurkan kekeluargaan ada terselit isu keagamaan dan plot yang tidak disangka membuatkan drama ini diminati ramai.

Nah! Mungkin sempena dengan kehadiran Ramadan yang bakal menjelma dalam lima hari lagi ni, Drama NUR bakal mengembalikan memori anda!

Drama Nur 1 dan 2 ini dibintangi oleh barisan pelakon yang hebat seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiriah, Azhan Rani, Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. Drama Nur yang kedua sudah kali terakhir ditayangkan pada tahun lalu, dan yang pertama dua tahun lalu.

Biarpun drama bersiri Nur 1 dan 2 ini pernah menjadi fenomena, nampaknya TV3 bakal menyiarkannya kembali. Berita mengenainya dikongsi oleh salah seorang pelakon drama ini iaitu Noorkhiriah menerusi laman Instagramnya.

Agak-agak ada yang rindukan gelagat Ustaz Madi lakonan Azhan Rani tak? Ha..Bolehlah ubati kerinduan korang itu dengan menonton drama bersiri ini nanti.

Difahamkan drama Nur 1 dan 2 ini akan ditayang semula bermula 21 April 2020, Selasa, jam 10 malam di TV3 menerusi slot Samarinda. Wow, memang boleh khatam sekali ‘jalan’ nampaknya ini!

Perkongsian Noorkhiriah mengenai drama Nur 1 dan 2 akan ditayang semula ini telah meraih lebih 11 ribu likes. Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja di ruangan komen seperti berikut:

“Uishh ada ulangan ye…kena record setiap episod ni” 

“Ustaz Madi and Kak Ecah bunjut sup are come back”

“Yes..suka-suka. Ulang pun ulanglah…Janji ada citer untuk ramadhan ni..”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ashraf Muslim Sayu, Kongsi Seorang Demi Seorang Sembuh Covid-19

Tunjuk Bukti, Da’i Wan Dakwa Aliff Syukri Kantoi Menipu Orang Ramai