in

Ning Bakal Lancar Haruman Jenama NING

Esok, 3 November 2013, penyanyi Ning Baizura akan melancarkan minyak wangi dan harumannya sendiri iaitu NING. Budiey dahulukan ucapan tahniah buat NIng! Semoga majlis esok berjalan dengan lancar.

Walaupun jadual agak sibuk dengan rakaman lagu baru dan rehersal persiapan konsert solo keduanya yang akan berlangsung November ini, namun tetap gigih mengatur perjalanan kariernya di persada seni dan kini bergelar usahawan.

Haruman yang dinamakan sempena namanya sendiri, NING bakal diperkenalkan buat pertama kalinya kepada orang ramai di pusat beli-belah terkemuka Pavilion pada esok petang yang akan disaksikan pihak media, artis dan sosialis terkenal tanah air.

Budiey dengar, sebenarnya dah lama idea untuk memasarkan haruman NING ini, tapi oleh kerana proses untuk merealisasikannya memakan masa yang agak lama disebabkan ia melibatkan rangkaian runcit terbesar di negara ini.

Minyak wangi haruman sensasi NING hadir dalam kemasan 100 ml, Budiey dikhabarkan haruman NING ini memiliki citarasa tersendiri kerana ianya melambangkan kekuatan personaliti penyanyi berkenaan yang sentiasa ceria, berkeyakinan dan positif dalam apa juga situasi. Haruman NING disempurnakan dengan kemanisan eksotik yang dilengkapi dengan sentuhan bauan bunga Afrika jingga dan limau mandarin. Jadi, kalau anda pakai minyak wangi ini pasti anda akan rasa yakin, ada aura pesona dan sentiasa positif.

Tidak ketinggalan juga gabungan bunga honeysuckle dan jasmine. Asas haruman itupula diperindahkan dengan kehadiran vanilla, ambar dan kayu gaharu menjadikannya cukup sempurna jika disemburkan di badan si jelita.

Harumannya itu boleh didapati pada harga berpatutan iaitu RM159 dan setiap pembelian pada hari berkenaan akan dilengkapi dengan skaf eksklusif khusus untuk pembeli istimewa. Jadi jangan ketinggalan untuk hadir ke pusat beli-belah Pavilion, sekitar jam 7.30 malam, esok untuk mendapatkan haruman pertama NING yang pastinya memukau.

Akhir sekali, Budiey dah tak sabar juga nak melihat persembahan NIng Baizura di konsertnya… korang dah beli tiket ke belum?

Konsert Pelangi Untukmu Ning Baizura Ditunda

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mampukah Babak Ranjang Jadi Pelaris Filem Paku?

Johan As’ari Tidak Mahu Adegan Panas dalam Filem PAKU Disensasikan