in ,

Ning Baizura Tidak Melibatkan Diri Dalam Parti Politik

NING BAIZURA TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM MANA-MANA PARTI POLITIK

Pada petang tadi, peti emel Budiey didatangi satu emel dari pihak pengurusan Ning Baizura yang menyatakan Ning Baizura tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.

Ning Baizura telah mendapati bahawa suatu kenyataan akhbar di dalam Akhbar Sinar Harian bertarikh 30hb Jun 2012 di mana telah melaporkan bahawa Ning ada mengatakan niatnya/hasratnya untuk menjadi ahli sesebuah parti politik Malaysia.

Ning Baizura ingin menyatakan di sini, secara spesifik, am dan keseluruhannya, bahawa Ning tidak berniat untuk menjadi ahli mana-mana parti politik. Ning selama ini adalah neutral dan impartial dalam politik Malaysia dan ingin terus menjadi apolitikal. Namun begitu, Ning berharap Malaysia akan terus aman, damai dan dilimpahi dengan rezki di bawah parti yang memerintah.

Twitter Ning Baizura PAS Bertudung

Gambar Ning Baizura Bertudung ini sebenarnya adalah gambar semasa Ning berlakon dalam sebuah drama tahun lepas namun disebarkan oleh parti PAS.

Mungkin bahang pilihanraya sudah mula terasa agaknya. Bukan setakat isu Abby Abadi, malah artis-artis lain juga. Terbaru, Ning Baizura telah ‘mengamuk’ di Twitter apabila dia mengatakan bahawa sebuah parti politik, PAS, telah memfitnahnya.

Ning Baizura dalam akaun Twitternya mendakwa bahawa PAS telah menyebarkan khabar yang dia telah menyertai parti pembangkang itu. Selain itu, Ning Baizura turut menyatakan bahawa pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar dia bertudung, padahal gambar tersebut adalah gambar untuk drama tahun lepas yang disimpan didalam koleksinya.

Twitter Ning Baizura PAS Bertudung

Ning Baizura dalam akaun Twitternya turut menyuarakan kekecewaannya terhadap perkara yang berlaku.

Berbalik pada punca asal, Ning Baizura juga telah memuat-naik sekeping foto keratan akhbar ke akaun Twitternya. Dalam keratan tersebut ada menyebut bahawa Ning Baizura adalah antara salah seorang artis yang bakal menyertai PAS.

Jika dulu, jarang kita melihat artis-artis terlibat dalam dunia politik. Kini, semakin hari, semakin ramai yang mula berani tampil seperti Abby Abadi. Persoalannya, apakah ini semua ada maksud tersirat disebalik segalanya?

Twitter Ning Baizura PAS Bertudung

Twitter Ning Baizura PAS Bertudung

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Portal TONTON Sedia Bas Balik Kampung Untuk Raya

TGV Cinemas Hosts the First Piano Duo Concert Extravaganza