in , ,

WOW! Sekarang Anda Boleh Nikmati 42 Saluran Percuma dengan Astro Njoi

Rakyat Malaysia yang mempunyai set dekoder Astro yang tidak aktif boleh terus menikmati 42 saluran percuma dengan perkhidmatan Njoi.

Para pelanggan yang mempunyai Astro Set Top Box (dekoder) dan Outdoor Dish Unit (piring satelit) yang masih berfungsi disarankan untuk mengaktifkan perkhidmatan Njoi dengan mendaftar melalui www.njoi.com.my/aktifkan bermula dari 1 Februari 2014 sehingga 30 April 2014.

Kini Rakyat Malaysia boleh menikmati 42 Saluran Percuma dengan Njoi. Aktifkan perkhidmatan Njoi dengan mendaftar melalui www.njoi.com.my/aktifkan bermula dari 1 Februari 2014 sehingga 30 April 2014.

Kini, lebih ramai rakyat Malaysia akan mendapat akses mudah untuk menonton rancangan terbaik tempatan mahupun antarabangsa yang merangkumi hiburan, pendidikan, berita dan pelbagai informasi termasuklah Piala Dunia FIFA 2014™. Perkhidmatan Njoi terdiri daripada 22 saluran televisyen dan 20 stesen radio antaranya Astro Awani, Astro Oasis, Astro AEC, Astro Xiao Tai Yang, CCTV4, Astro Vanaavil, Makkal TV, Bernama TV, Astro Tutor TV dan pelbagai lagi.

Njoi merupakan perkhidmatan satelit televisyen percuma pertama di Malaysia tanpa sebarang cas langganan bulanan dan boleh didapati dengan hanya sekali pembayaran. Di samping saluran sedia ada, para pelanggan juga boleh menikmati lebih banyak saluran dan program dengan Prabayar Njoi iaitu tawaran prabayar serendah RM2 untuk akses selama dua hari.

Pelbagai saluran hiburan untuk dinikmati antaranya Astro Bella, Astro Citra, Astro Warna, Astro Ria, TVB Xing He, Astro Shuang Xing, Celestial Movies dan Astro Hua Hee Dai. Istimewa buat para peminat sukan di Malaysia, Astro Arena dan Astro Supersport 4 juga boleh didapati di Njoi dengan kadar yang berpatutan. Penggemar filem pula boleh menikmati rangkaian filem terhebat dari RM10 untuk sebuah filem di saluran Astro Best, Astro First dan Astro Box Office Movies Thangathirai.

Tawaran hebat tanpa sebarang cas langganan bulanan ini pastinya dapat memenuhi kehendak tontonan kesemua golongan.

Layari www.njoi.com.my/activate untuk mendaftar dan nikmati 42 Saluran Percuma melalui Njoi. Tawaran berakhir pada 30 April 2014. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Njoi, sila layari www.njoi.com.my

42 Saluran Percuma dengan Njoi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pasti Gempak Punya! RAIN Bakal Perform di Twin Towers Live 2014

Sinopsis Filem GHOST RIDER, Hiburan Hujung Minggu di TV2