in ,

Netizen Pertikai BUNGA Menang di AJL, Ini Luahan Ara Johari

Tahniah buat Ara Johari dan juga komposer dan penulis lirik lagu BUNGA yang berjaya menggondol tempat ke-2 di AJL 33 yang lalu. Ramai yang tak menjangkakan lagu BUNGA akan menang.

Sebaliknya, sekarang ini, sejurus tamat AJL, maka pahat pun berbunyi. Ramai netizen tidak setuju dan mengecam juri kerana memilih lagu BUNGA. Kata mereka, lagu BUNGA tidak layak memang kerana ia mempunyai pengulangan pada bait lagu yang sama. Selain tiada keunikan, vokal Ara Johari dikritik hebat kerana tidak berjaya sampai ke tahap memuaskan.

Apa-apa pun, juri dah pun buat keputusan. Mereka ada alasan sendiri kenapa memilih BUNGA untuk menang di tempat ke-2.

Anugerah Juara Lagu 33

Bagaimanapun, kemenangan Ara yang dinilai juri profesional mendapat reaksi pelbagai netizen.

Terbaru penyanyi Ara Johari ada memuat naik sekeping gambar ketika dia sedang membuat persembahan di Pentas Anugerah Juara Lagu 33.

Anugerah Juara Lagu 33

“B3nci lah aku semahu mu, M*ki lah aku sepuas mu, Aku anggap ini ujian, Atas rezeki yg ku terima. Terima Kasih!”

– Ara Johari

Gambar tersebut Ara meluahkan rasa sedih dan kecewa kepada peminatnya kerana ada sesetengah pihak mempertikaikan kemenangan Ara di Anugerah Juara Lagu 33.

Rata-rata rakan artis dan netizen memberi kata kata semangat kepada Ara untuk supaya kekal tabah hadapi dugaan. Semoga Ara akan terus memwarnai industri muzik tanah air. 

Ara
Ara Johari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambutan Ulangtahun 8TV Kempen CNY SO HAPPY

Masih di ICU, Mamat Khalid Mula Buka Mata